Kedai Maya - Wajib Klik

Sunday, May 8, 2011

Dilemma Sistem Automasi Pusat Sumber.... Hmmmm...

Kenapa dilemma? 

Sebenarnya ini berkaitan dengan Sistem Automasi Perpustakaan yang sedang diusahakan sejak bulan Oktober 2010. Dah berusaha mendapatkan sistem... akhirnya dapat. Sistem yang berasaskan web sepenuhnya. Sistem ini mempunyai kebaikan. Kita tak perlu risau tentang kehilangan data akibat kerosakan hard disc. Lagi satu... kerja pemprosesan buku, pendaftran keahlian, data nilam, statistik kehadiran pengunjung dan sebagainya boleh dikemaskini dan disemak pada bila-bila masa sahaja selagi ada internet dan komputer. Kedengaran sangat ideal...

Namun... yang menjadi masalahnya sekarang ialah rangkaian internet sekolah... bermasalah...! Bila dah begini... barulah terfikir untuk bina sistem automasi yang berasaskan hard disc. Bagus kerana tidak memerlukan rangkaian internet. Takut data hilang akibat kegagalan hard disc? Tak lah menakutkan sangat kalau ada back-up

Jadi sekarang... yang mana lebih baik web based or hard disc based? Dua-dua pun ada pro dan kontranya. Kalau beginilah rangkaian internet elok dipadamkan saja web based automation tu. Mujurlah software tu tidak dibeli... Pembekal beri percuma dengan syarat belian buku daripada mereka bernilai RM7K, dia beri percuma software dengan pengimbas kod bar. 

Buat masa sekarang pendaftaran buku dan kad keahlian pelajar sedang menggunakan automasi web based. Komputernya... Lap Top sendirilah... Rangkaian internetnya? Apalagi... guna broadband peribadiku... owh tidak...! Ini bermakna... automasi hanya akan berjalan selagi TcrAin ada di library... kerana TcrAin tidak rela meninggalkan broadband dan lap top kesayangan itu keseorangan tanpa tuannya di library... takut kena culik...!!!!

Adoi... sedihnya dan dilemmanya....!!! Tamatkan saja riwayat web based ini atau minta sekolah bayar bil broadband khas untuk perpustakaan? Maukah sekolah buka akaun broadband tu? Hmmm.... Pening kepala GPM!

5 comments:

Ravivarma Sanmugam said...

Untuk jangkamasa panjang, mintalah sekolah membayar bil broadband khas untuk tujuan PSS. Sebabnya, jika dikira untuk BELI sistem berasaskan Hard Disk sekurang-kurangnya RM 3500 (yang baik punya).. cikgu bahagikan ini dengan bayaran bulanan broadband, boleh cover untuk 3 tahun! .. dalam 3 tahun ini, saya pasti rangkaian internet di sekolah akan bertambah dengan lebih efisien..

Berita Kita said...

Cikgu da dapat sistem automasi perpustakaan? Saya ada satu cadangan... cuba cikgu google sistem senayan library management. Ianya web based, tapi kita boleh install secara local di komputer.... kalau ada apa2 masalah, cikgu boleh hubungi saya. Saya boleh membantu. mohdfairuz@vnt.com.my

TcRaiN said...

Setakat ini dah ada sistem automasi berasaskan laman web sepenuhnya... cuma masalah internet dan komputer saja yang tiada... Terima kasih pada mohd. fairuz kerana sudi membantu

Saiful's Dreams said...

boleh tak cikgu bagi nama apa sistem automasi tu..saya pon tengah servey ne..nk cari yg dah ada bank data..senang nak upload buku2 kedalam database

TcRaiN said...

Saiful.. Nama product tu ialah SCINTELL.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...