Kedai Maya - Wajib Klik

Wednesday, March 28, 2012

Kenapa guru-guru diminta bayar yuran Hari Guru? Bukan guru kah yang patut dirai?


Memang betul kata cikgu yang memberi komen ni... Saya sokong 500%. Dahlah gaji saya tinggal ciput saja... lepas potong itu ini... Sian saya kena bayar lagi yuran Hari Guru yang tak tau untuk apa. Ini luahan pendapat saya saja... Rasanya bukan saya saja yang tertanya-tanya tentang bayaran tu... Masa mula-mula posting dulu saya ternganga juga bila mengetahui yang guru-guru kena bayar untuk meraikan 'hari sendiri'.

Komen ini dipetik dari Facebook Kumpulan Guru Malaysia. JOM KLIK, SERTAI DAN IKUTI ISU INI

KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 2012

MUAT TURUN TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 2012 

MUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK

Tuesday, March 27, 2012

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR, PMR DAN SPM 2012

DRAF 2 JADUAL WAKTU UPSR 2012 (Lengkap dengan tarikh) - KLIK SINI
DRAF JADUAL WAKTU PMR 2012 (Lengkap dengan tarikh) - KLIK SINI
DRAF 3 JADUAL WAKTU SPM 2012 (Belum ada tarikh daaa...)- KLIK SINI

Friday, March 23, 2012

Kalau kita tinggalkan solat, apa bala yang menanti?

klik imej untuk paparan besar
Kongsi sebuah gambar yang amat bermakna dari Facebook. Sama-sama baca dan hayati ya... Semoga saya tergolong dalam kalangan mereka yang menghayati risalah ini... Rugilah mereka yang tidak menghayatinya.

Doa untuk rajin solat:
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia : Tafsiran Ar-Rahman
Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".

Sunday, March 18, 2012

Rumah Terbalik Sabah di Jalan Telibong - Tamparuli. Menarik....!!!

Baru saja dibuka untuk kunjungan umum pada 9 Mac 2012, namun cerita tentang Rumah Terbalik Borneo ini telah tersebar ke serata tempat, termasuklah di kalangan pelancong-pelancong asing. 

Rumah Terbalik ini terletak di Batu 21, Jalan Telibong - Tamparuli, Kampung Telibong , Tamparuli.

Sebenarnya rumah terbalik ini adalah yang ke-12 di dunia selepas Jerman, Brazil, Jepun, Poland, Tennesee, Sepanyol, California, Russia, Kanada, Austria dan Korea Selatan. 
Jerman

Brazil
Jepun
Poland
Tapi rumah terbalik yang ke-12 di dunia ini lebih membanggakan orang Malaysia, kerana rumah ini adalah yang pertama di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Hmm rasanya akan banyak lagi rumah terbalik akan dibina selepas ini...

Untuk memasuki rumah ini, pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM10, manakala pengunjung kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM5. 

Sebelah dalam tidak dibenarkan ambil gambar atau membuat rakaman video. Gambar sebelah luar boleh. Tapi gambaran yang boleh saya beri tentang pandangan dalam rumah tu ialah, semua perabotnya seperti televisyen, mesin basuh, katil, kipas siling lampu, sinki, perabot ruang tamu semuanya terbalik.... Jadi, kita  akan berasa seolah-olah berjalan di atas siling rumah. Tapi ada benda yang tak terbalik tau... CCTV!.

Meh la datang sini... dekat saja... Tepi jalan saja... Ni ada beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama. Huh... hebat rasanya... pertama kali dalam hidup memasuki rumah terbalik. Selalu tengok gambar dari internet saja... Itupun yang ada di luar negara...
Ahh... betul-betul terbalik...

Pasu-pasu bunga juga terbalik

Kereta kancil lady bug ini pun terbalik...

Ramainya orang beratur semata-mata nak masuk ke rumah terbalik ini...

Kaunter tiket

Plak perasmian pada 9 Mac 2012

Menarik sangat...


Jangan pijak rumput...

Tapi dua tingkap udaranya... macam normal saja... tidak terbalik pun kan?

Tunggu giliran untuk masuk










Kancil dalam garaj yang terbalik juga




Suzyanti... pemandu pelancong dengan pakaian seragamnya... Sarung batik

Sebelum masuk rumah, kena palu gong seorang 3 kali



Ketuk pintu dulu sebelum masuk... Adat orang kita

Tengok tu... kain jemuran juga terbalik....

Wah... basikal kat belakang tu...

Pening-pening juga tengok rumah ni..


Ada kedai kopi untuk makan-makan... minum-minum

Giliran mereka untuk masuk...

Kesimpulannya.... saya suuuukaaaaa sangat..!!

Tuesday, March 13, 2012

Award dari Blog Pesona... Thanks

Kali ini, blog TcRaiN indah dihiasi dengan 'award' yang diberi oleh Cikgu Etuza dari Blog Pesona. Semoga blog PESONA dapat terus menyajikan maklumat-maklumat berguna kepada semua orang. Semoga maju jaya. Klik pada award untuk masuk ke LAMAN PESONA. Terima kasih daun keladi...

JADUAL SPM 2012 (Draf 1)

Eh.. anak-anak murid sekalian... Draf jadual waktu SPM sudah ada ni. Tapi belum ada tarikh lah ya... Maklumlah... baru draf. Klik lah imej di bawah jika berminat untuk tengok atau muat turun.. Hmm nampaknya subjek Prinsip Perakaunan, jatuh pada hari ke-10...
Klik saya...

Implementation is more important!

Terjumpa balik buku modul subjek Pengurusan Strategik (SP3113). Saya ada tercatat quote daripada pensyarah Encik Jumaat di kulit buku tu... Katanya... (mungkin juga bukan katanya... tapi pinjam kata-kata ahli-ahli pengurusan barat)
Dont spend to much on planning.
You'll end up planning without taking action.
Just start(implement).
If there is a problem, find solution not excuses!

Sunday, March 11, 2012

Himpunan doa-doa harian.

Ni nak kongsi pautan pada satu blog yang sangat bagus. Semua muslimin dan muslimah, sepatutnya kena masuk. 

Deskripsi Blog :
Blog ini menyediakan koleksi doa-doa dan zikir-zikir pilihan yang boleh diamalkan seharian. Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). Semoga weblog ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca dalam mengahayati amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

MEH KLIK IMEJ DI BAWAH NI, UNTUK MEMASUKI LAMAN TERSEBUT

Saturday, March 10, 2012

Keluhan Seorang Guru Dalam Surat Terbukanya...

Klik Imej Untuk Paparan Besar
Mengajar adalah core bussines guru... Tapi agihan masa terpaksa dilebihkan kepada bermacam2 tugasan lain.... Memang stress! Sebab tu saya pilih pencen lebih awal...

Thursday, March 8, 2012

GAJI GURU KEKAL KATANYA : Pengumuman SBPA oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2012

SBPA dibatalkan. Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambah baik. 
Jadual matriks gaji mencerminkan gaji minimum-maksimum, dengan kenaikan gaji antara dari RM80 hingga RM320 bagi gred 1 hingga 54.

Kenaikan gaji tahunan bagi gred JUSA akan kekal mengikut kepada SSM.

Kos Elaun Sara Hidup (Cola) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 bagi kawasan B, dan daripada RM100 kepada RM150 bagi kawasan C.

Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan untuk melaksanakan satu kajian yang komprehensif tentang sistem imbuhan untuk kakitangan awam.

Sumber : Buletin Awani jam 2.00pm tadi.. 

P/SGaji GURU KEKAL juga ada dilaporkan dalam Buletin tersebut. Tengoklah saluran 501... Ulangan  akan disiarkan setiap 1 jam
Gambar yang saya snap dari skrin TV...

Thursday, March 1, 2012

"Bersih Cekap dan Amanah" Hmmm...

Slogan BERSIH, CEKAP DAN AMANAH telah diperkenalkan sejak April 1982, oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan oleh slogan ini seperti berikut:-
 
1. Bersih iaitu
  • Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
  • Berkecuali iaitu tidak memihak kemana-mana atau berat sebelah.
  • Tidak mementingkan diri sendiri.
  • Tidak khianat, hasad dan dengki.
2. Cekap iaitu
  • Berani dan cepat membuat keputusan.
  • Menghadapi krisis dengan tenang.
  • Bersikap tegas kepada prinsip.
  • Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
  • Mempunyai keyakinan diri.
  • Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.
  • Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.
3. Amanah iaitu
  • Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan iklas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
  • Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi.
Kalau semua rakyat memahami dan mengamalkan apa yang dihasratkan oleh kerajaan ini... sudah pastilah negara akan stabil dan kukuh dari semua segi, sosial, ekonomi dan politik...! Tetapi bukan mudah untuk kita nak membentuk semua manusia ke arah hasrat yang amat murni ini. Kerana jiwa dan hati manusia bukan mudah diarah-arah seperti menekan alat kawalan jauh pada alat pemain DVD. Kita tekan butang "play" wayang dimainkan. Kita tekan butang "stop" wayang berhenti... Selain itu kita juga boleh "fastforward", boleh "rewind", boleh "pause"...

Tapi manusia lain... Semuanya bermula daripada "seketul daging" bernama hati. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya. Begitulah kata-kata dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Bagi saya... saya hanya akan berani untuk pecah amanah selagi Allah tidak melihat saya... ! Namun... Allah itu maha melihat ya Tuan-tuan dan Puan-puan... Kalau setakat duit RM70++ nak dicuri... buat apa... bukan boleh kaya pun! Saya bukan orang macam tu... Duit yang saya terjumpa masa jemur kain pun saya tak ambil... walaupun kepunyaan hubby sendiri... saya mesti bagi tengok dia dulu duit tu... Kalau dia kata u ambiklah... maka I ambiklah... kalau tidak... bagi balik saja... ALLAH ITU MAHA MELIHAT. Selagi dosa tu senang untuk kita elak... kita elaklah... Sekadar RM70+ pun mau terliur...? Huh... no thanks... Peace!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...