Slogan BERSIH, CEKAP DAN AMANAH telah diperkenalkan sejak April 1982, oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan oleh slogan ini seperti berikut:-
- Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
- Berkecuali iaitu tidak memihak kemana-mana atau berat sebelah.
- Tidak mementingkan diri sendiri.
- Tidak khianat, hasad dan dengki.
- Berani dan cepat membuat keputusan.
- Menghadapi krisis dengan tenang.
- Bersikap tegas kepada prinsip.
- Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
- Mempunyai keyakinan diri.
- Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.
- Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.
- Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan iklas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
- Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi.
Kalau semua rakyat memahami dan mengamalkan apa yang dihasratkan oleh kerajaan ini... sudah pastilah negara akan stabil dan kukuh dari semua segi, sosial, ekonomi dan politik...! Tetapi bukan mudah untuk kita nak membentuk semua manusia ke arah hasrat yang amat murni ini. Kerana jiwa dan hati manusia bukan mudah diarah-arah seperti menekan alat kawalan jauh pada alat pemain DVD. Kita tekan butang "play" wayang dimainkan. Kita tekan butang "stop" wayang berhenti... Selain itu kita juga boleh "fastforward", boleh "rewind", boleh "pause"...
Tapi manusia lain... Semuanya bermula daripada "seketul daging" bernama hati. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya. Begitulah kata-kata dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Bagi saya... saya hanya akan berani untuk pecah amanah selagi Allah tidak melihat saya... ! Namun... Allah itu maha melihat ya Tuan-tuan dan Puan-puan... Kalau setakat duit RM70++ nak dicuri... buat apa... bukan boleh kaya pun! Saya bukan orang macam tu... Duit yang saya terjumpa masa jemur kain pun saya tak ambil... walaupun kepunyaan hubby sendiri... saya mesti bagi tengok dia dulu duit tu... Kalau dia kata u ambiklah... maka I ambiklah... kalau tidak... bagi balik saja... ALLAH ITU MAHA MELIHAT. Selagi dosa tu senang untuk kita elak... kita elaklah... Sekadar RM70+ pun mau terliur...? Huh... no thanks... Peace!
No comments:
Post a Comment