RUMUSAN
Semasa menjalankan kerja kursus,saya telah mengamalkan beberapa prinsip
dan konsep perakaunan semasa menjalankan kerja kursus ini. Prinsip yang
diamalkan adalah seperti berikut.
Prinsip catatan bergu merupakan setiap urus niaga yang berasingan, yang
mana satu akaun didebitkan dan satu akaun lagi dikreditkan dengan amaun yang
sama. Selain itu, setiap urus niaga dicatat sekurang-kurangnya dua kali dalam
dua akaun yang berlainan, dengan amaun yang sama. Catatan bergu membolehkan
perniagaan saya menyemak ketepatan proses merekodkan urus niaga dalam buku
perakaunan, serta sentiasa mengekalkan persamaan perakaunan.
Perniagaan saya juga mengamalkan konsep entiti berasingan yang
mengandaikan bahawa perniagaan adalah entiti atau badan yang berasingan
daripada perniagaan saya. Sebarang urus niaga antara perniagaan saya dianggap
sebagai urusan antara dua pihak yang berasingan. Hanya urus niaga yang
berkaitan dengan perniagaan direkodkan dalam buku perakaunan perniagaan.
Selaian itu, modal yang telah saya laburkan dalam perniagaan dianggap sebagai
pinjaman saya kepada perniagaan. Oleh itu, dianggap sebagai pemiutang kepada
kepada perniagaan. Konsep ini bertujuan untuk membolehkan akauntan mengelaskan,
merekodkan, dan meringkaskan urus niaga tersebut dalam penyata kewangan.
Selain itu, urus niaga saya juga mesti direkodkan dalam bentuk
wang(Ringgit Malaysia). Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran
dalam setiap urus niaga. Catatan perakaunan dalam nilai wang yang membolehkan
urus niaga yang berlainan ditambah atau ditolak mengikut nilainya.
Walaubagaimanapun, hanya faktor-faktor yang dapat diukur dengan wang sahaja
yang dapat direkodkan. Aspek yang tidak dapat diukur secara objektif seperti
pengalaman pekerja, keberkesanan pengurusan, dan kejujuran pekerja tidak dapat
direkodkan.
Saya juga menggunakan kaedah kos sejarah. Kos sejarah merujuk kepada kos
sebenar yang dibayar atau ditanggung semasa sesuatu urus niaga saya itu
berlaku. Setiap aset yang dibeli dan perbelanjaan yang ditanggung hendaklah
direkodkan mengikut harga atau kos tersebut. Nilai kos sejarah ini tidak akan
berubah pada masa hadapan walaupun nilai pasarannya berubah. Oleh itu, nilai
aset berkenaan sentiasa dapat diketahui dan pelarasan susut nilai dapat
dilakukan.
Disamping itu, saya juga menggunakan
komputer semasa merekod butir perkaunan ini. Data perakauan dapat dikemaskini
dengan cepat dan automatik. Laporan juga dapat disediakan dengan lengkap dan
cepat. Kompater juaga dapat memproses data secara automatik setelah dimasukkan. Kesilapan juga dapat diminimumkan
.