Borang UPU Online Sesi 2015/ 2016
Permohonan UPU telah dibuka mulai 19 Januari 2015, pukul 12 tengah hari hingga 6 April 2015, pukul 4 petang.
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman http://upu.moe.gov.my/web/
Sebelum mengisi borang secara dalam talian, pastikan pemohon terlebih dahulu membeli Nombor Pin (UNIK ID) UPU di Bank Simpanan Nasional.
Semasa hendak membeli UNIK ID ini pastikan:
1. Sampai saja... ambil nombor giliran dulu... Taulah ramai orang kan? 2. Lepas tu ambil slip deposit yang disediakan di BSN tu. Isi nama dan nombor kad pengenalan pada slip deposit itu. Mana tau kirim dengan orang... pastikan anda memberi nombor kad pengenalan kepada orang yang mewakili anda.
3. Kalau nombor giliran sudah dipanggil, buat bayaran sebanyak RM10.60. (RM10 untuk no. UNIK + RM0.60 pula caj perkhidmatan bank)
Kalau sudah dapat UNIK ID ni... jangan tunggu lama-lama... cepat-cepatlah layari http://upu.moe.gov.my/web/ untuk mengisi borang.
GOOD LUCK!!! Jom masuk U...