Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, January 7, 2011

Waktu-waktu diharamkan bersolat.

TcRaiN nak tahu tentang waktu-waktu diharamkan bersolat. Jadi setelah mencari di sana dan di sini dan bertanya kepada ustaz, ini yang TcRaiN dapat:
  • waktu haram bersolat hanyalah merujuk kepada solat sunat sahaja dan bukan solat fardhu. (ini kata Ustaz Saimin)
  • Tetapi kata ustaz lagi, sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya disegerakan. Jangan tunggu waktu nak habis barulah nak sembahyang dan sambungkan pula solat waktu seterusnya. Contohnya, solat Zuhur ketika waktu Zuhur hampir-hampir habis dan disambung dengan solat Asar setelah masuk waktu Asar. Bukan tak boleh... Boleh kata ustaz... tapi mestilah ada sebab yang betul-betul munasabah dan tidak boleh dielakkan.
  • Waktu paling afdal dan paling tinggi ganjaran solatnya ialah dalam lingkungan sepertiga waktu selepas azan dilaungkan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 11.30malam (waktu Sabah).
Maklumat ini pula disalin daripada laman sesawang Masjid Muadzam Shah dan Direktori Masjid Malaysia
Waktu Haram Sembahyang Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram): 
  1. Waktu selepas solat subuh sehingga terbit matahari
  2. Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta). Waktu syuruk iaitu dalam tempoh 28minit selepas habis waktu subuh, ketika matahari baru naik ke langit. Contoh, jika waktu subuh berakhir pada pada 6.10 pagi +28 minit = 6.38pagi. Jadi tempoh antara 6.10 pagi hingga 6.38pagi itu adalah waktu haram bersolat.  
  3. Waktu rambang atau waktu tengah hari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  4. Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan  Matahari kekuningan hingga matahari terbenam 
TcRaiN nak tau lagi... kenapa ada waktu-waktu yang ditegah bersolat? Lalu TcRaiN mencari dan mendapat maklumat berikut ini daripada laman sesawang Mufti Negara Brunei  Darrussalam dan laman sesawang Direktori Masjid Malaysia

Hikmah Pengharaman Sembahyang Pada Waktu-Waktu Berkenaan                            
Larangan mengerjakan sembahyang pada waktu-waktu berkenaan mempunyai hikmat yang tersendiri.  
  •   Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Seolah-olah menyamai orang yang menyembah matahari.
  • Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Pada waktu ini syaitan sedang berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.
  • Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : 
“Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila  matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang mengerjakan sembahyang”
(Hadis riwayat An-Nasaie)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya : 
“Maka sesungguhnya neraka Jahannam di nyalakan pada waktu tengah hari( iaitu ketika matahari berada ditengah-tengah)”
(Hadis riwayat An-Nasaie)

Adapun hikmah melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Subuh dan Asar bukanlah disebabkan sesuatu yang wujud dalam waktu itu, sebab dari segi hukum waktu itu dihabiskan dengan kewajipan waktu, yang lebih baik daripada sunat yang sebenarnya. .(Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh:1/520)

Waktu-waktu lain diharamkan bersembahyang ialah:
1. Ketika hendak didirikan sembahyang fardhu iaitu sewaktu Iqamah baru dimulakan.
2. Ketika khatib sedang berada di atas mimbar (untuk jemaah yang sedia berada di masjid , iaitu, sejak khatib belum lagi berada di atas mimbar)

Wallahualam. 

Sabda Rasulullah s.a.w. :  
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Dari Abdullah bin 'Amr r.a.

Sekian... Semoga kita digolongkan sebagai orang-orang yang menjaga solatnya. Amin... Kalau ada kesilapan tulisan TcRaiN, mohon dibetulkan dengan segera. Maklumlah, TcRaiN baru belajar...

Tuesday, January 4, 2011

Semakan Keputusan MUET akhir tahun 2010 secara online

Salam sejahtera... 
Kepada sesiapa yang ada menduduki MUET (Malaysia University English Test) pada akhir tahun 2010 yang lepas, keputusan peperiksaan itu akan boleh disemak mulai hari Khamis ini 6 Januari 2010. Hanya klik banner berikut dan masukkan nombor kad pengenalan untuk semak. Selamat menyemak...... !

Standard Guru Malaysia (SGM) - Saya tolong sebarkan saja.

Maklumat ini adalah penting dan sangat berkaitan dengan SEMUA GURU di Malaysia. Jadi sila beri perhatian... dan patuhi arahan berikut ini.

STANDARD GURU MALAYSIA
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. 

MAKLUMAN BERKAITAN INSTRUMEN SGM SECARA ONLINE 
Instrumen SGM secara Online pada masa kini tidak boleh diakses kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak Bahagian Pendidikan Guru, mohon maaf diatas kesukaran yang dialami. Para pengguna digalakkan menggunakan instrumen SGM secara offline yang boleh dimuat turun daripada Link (Instrumen (SGM)). Muat turun di sini.. sgm_ofline.xls.

Instrumen secara ofline dibangunkan menggunakan aplikasi excel. Oleh yang demikian komputer yang digunakan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya perisian Microsoft Excel untuk melaksanakan instrumen secara offline. 

Instrumen yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut : 
1. sgm8.offline@gmail.com atau 
2. sgm9.offline@gmail.com atau 
3. sgm10.offline@gmail.com 

Pengguna diminta memasukkan : No KP di ruangan Nama dan masukkan Kod Sekolah dan alamat di diruangan Alamat. Simpan Fail tersebut dan rename fail yang hendak dihantar dengan nombor kad pengenalan guru. 

Bagi penyelaras ICT disekolah-sekolah juga boleh mengumpulkan instrumen (Burn Kedalam CD) yang telah dijawab oleh guru-guru dan poskan ke alamat berikut:

PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 2- 6, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
u.p : Unit Data Dan Pengurusan Maklumat
Harap maklum dan ribuan terima kasih atas kerjasama anda.

Maklumat ini diperoleh daripada laman sesawang SGM

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

THE KINDEST FAIRWELL TO YEAR 2010 FOR ALL THE BEST IT OFFERED TO US 
 Happy New Year Pictures, Images and Photos

WELCOME YEAR 2011 WITH THE SINCEREST GREETINGS AND WELL
WISHES OF HAPPINESS, PROGRESS AND PROSPERITY FOR ALL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...