Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, November 30, 2010

Semakan Keputusan Peperiksaan PTK, Oktober 2010


Nah... klik banner di atas ni untuk semak keputusan PTK pada 16 Oktober 2010 yang lepas. Yang berjaya dapat Gred IV tahniah. Tcr Ain kali ni dapat keputusan teruk... Huaaaa.... huaaa.... nak ambik lagi tahun depan... (ada peluang lagi ker ni?)

Satu Kebetulan yang Kiyuut..!

Mula-mula buka blog tadi nombor dalam Widgeo Counter ni Today = 6, Total = 7776... jadi Tcr Ain tunggu sorang lagi masuk... untuk hasilkan nombor yang cun ini. Terima kasihlah... kepada semua pelawat... terutamanya pelawat dari Kuala Lumpur yang menggenapkan angka cun ini... Heeee...

Sunday, November 28, 2010

Rapunzel - A Tangled Tale

Cik Rapunzel dan Encik Flynn @ Eugene... mengintai di balik rambut perang yang panjang.

Kategorinya PG - Kanak-kanak perlu dibimbing oleh ibu bapa. Tidak boleh menonton sendiri-sendiri.. Opsss tapi itu di negara omputih... di negara kita, kategorinya dah jadi U, Umum... yang boleh ditonton oleh semua peringkat umur. Malaysia dah edit...

Klise cerita dongeng orang putih:
1. Gadis malang akhirnya berkahwin Putera Raja 
ataupun 
2. Putera/i Raja terkena sumpahan lalu diselamatkan oleh Putera/i Raja lalu berkahwin.
3. Ada ibu tiri yang jahat... 


  Tapi... Ini cerita dongeng versi baru... ada unsur romantik, komedi, hiburan, pengembaraan...

Rapunzel = Puteri Raja
Flynn Rider = Budak yatim piatu yang menjadi pencuri... (Kalaulah dia bukan pencuri... dia tak akan jumpa Rapunzel
Mother Gothel = Ibu angkat yang 'penyayang' (terlalu takut kehilangan anak angkatnya)
 
Tapi... saya suka dia ni lah... Nama dia Maximus

Watak penting...Tanpa dia ni tidaklah Rapunzel terpaksa tinggal di hutan dan mampu memanjangkan rambutnya
Boleh main game... KLIK

Di pawagam sejak 25/11/2010. Tengoklah... bessstttt...

Saturday, November 27, 2010

Pintu Kereta yang belum pernah kujumpa... (tiada ni di Keningau)

Rupa-rupanya, pintu kereta macam ni dah dicipta sejak tahun 2007 lagi... Laaaa.... Tcr Ain yang ketinggalan zaman rupanya... Ha ha ha...

Kebaikan:
1. Jimat ruang... katalah parking sempit, pintu kereta masih boleh dimasuki dengan mudah
2. Jimat masa dan tenaga kerana dua tempat duduk buka sekali jer...
3. Kelihatan moden dan canggih
4. Lain daripada yang lain

Kekurangan (kot lah,..)
1. Lambat sikit nak tutup... katalah dikejar penjahat, pinti akan terbuka seluas-luasnya, depan dan belakang... sempat lagi penjahat nak join masuk sekali
2. Penjahat ingat kita orang kaya... trus dia tergoda untuk menyamun...
3. Kalau kita bawa budak kat belakang... kita yang nak keluar, nanti yang dorang tak perlu nak keluar pun akan menyibuk nak keluar sama...

Ngeeee... Kotlah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...