Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, October 18, 2011

Meh baca Laporan Pertubuhan Tandas Sedunia tentang tandas-tandas di Asia!!!

Ambik kau... tandas pandai naik motor lagi...

Haa... Pertubuhan Tandas Sedunia???
Ya lah... Napa... ingat pertubuhan ni tak wujud ka? Singkatan bagi pertubuhan ini ialah WTO. WTO ini sesungguhnya wujud... dan... WTO ada membuat kajian tentang tahap kebersihan tandas-tandas di Asia.

Cuba teka... tandas negara manakah yang didapati paling kotor di Asia.... nantilah biii...suk saya bagi tau...! Nge he he...


Kalau tidak sabar juga mau tau... biarlah TcrAin bagi tau... Jawapannya ialah JAKARTA! Fuhhh....! nasib baik bukan di Malaysia... atau mungkin WTO belum sempat jelajah habis Malaysia kot... Errr.... tidaklah... tandas-tandas di Malaysia ni semua bersih lah... kan... kerana orang-orang Malaysia kan prihatin..., budi bahasa budaya kitalah katakan...

Ok apa yang berlaku dengan tandas-tandas di Jakarta tu... Napa dia dikatakan paling kotor? Jawapannya ialah kerana... terdapat sekurang-kurangnya 80 juta kuman berbahaya ditemui dalam satu tandas di Jakarta.

Errr,.. jangan lupa... sama-samalah kita menyambut HARI TANDAS SEDUNIA yang akan diadakan pada 19 November ini... Sekian, majulah tandas demi kesihatan.

Thursday, September 29, 2011

Ha ha... sekarang siapa yang dapat surprise!

Tengok je lah bidio ni... Nyesal pun tak guna dah... Ada pengajaran ni...!
Pengajaran yang paling besar... jangan peluk-peluk, kiss-kiss... dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhrim... Sentuh kulit pun JANGAN! Budaya orang barat memang langsung tak boleh pakai!!

Sekian.

Friday, September 23, 2011

Tajuk-Tajuk Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2011

Ekhem... Assalamualaikum. Bismillahirrahmannirrahim... Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk. Berikanlah kami rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau maha pemberi. Amin.

Berdasarkan analisis soalan-soalan SPM tahun-tahun lalu (sejak tahun 2004), tajuk-tajuk yang menjadi pilihan atau 'ramalan' ialah tajuk-tajuk berikut:

Untuk soalan 1... mungkin...
1. Sebahagian perekodan urus niaga ke dalam mana-mana jenis Buku Catatan Pertama / Buku Tunai.
2. Sistem Catatan Berg.
3. Penyata Belanjawan Tunai. (Mungkin minta kira lebihan ker... atau peratus varian ker... atau baki akhir berdasarkan maklumat yang diberi)
4. Analisis nisbah... yang ni dah lama tak keluar... tetapi dah ada dalam kertas 3 kan. Jadi kalau nak keluar juga balik... mungkin dalam soalan 1 ni lah.. (Haahhh... sebenarnya kesnya sama macam Penyata Belanjawan Tunai juga)
5. Pelarasan - mungkin Peruntukan Hutang Ragu lah... yang ada pertambahan atau pengurangan dari tahun ke tahun. 
6. Atau mungkin juga pelarasan lain (belanja terakru, hasil terakru, belanja terdahulu dan belanja terakru. Mungkin soalan minta buat akaun dia atau kira nilai yang akan dihantar ke Akaun Untung Rugi)
7. Syarikat Berhad - Bahagian pengiraan dividen. Saham keutamaan yang ada peratus dividen, pas tu ada dividen interim dan dividen akhir.
8. Rekod tak lengkap - cari untung perniagaan mengikut kaedah perbandingan.

Soalan 2... 
1. besar kemungkinan, Penyata Pendapatan termasuk Penyata Pengasingan Untung Rugi dan Kunci Kira-kira untuk perkongsian. Ada sedikit pelarasan di situ.

atau....

2. Akaun-akaun Kawalan, Akaun Yuran, Akaun / Penyata Perdagangan Persatuan, Akaun / Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-kira untuk Kelab dan Persatuan.

Soalan 3...
Mungkin Penyata Penyesuaian Bank... Selalunya soalan bagi Buku Tunai dan Penyata Bank untuk diselaraskan, tapi kali ini... mungkin dalam bentuk senarai urus niaga sahaja. Bentuk soalan gini rumit sikitlah... kena kreatif dan kritis.

Soalan 4 - Soalan 6  (yang kena pilih dua soalan je tu...)

Mungkin Akaun Pengeluaran... Kali ini dilanjutkan hingga ke Akaun Perdagangan... atau mungkin sampai ke Akaun Untung Rugi. (Boleh jadi juga diminta jawab dalam bentuk penyata...)

Tajuk-tajuk penyediaan Akaun-akaun untuk PELARASAN Belanja dan Hasil... termasuk Peruntukan Hutang Ragu. Dilanjutkan hingga ke Akaun / Penyata Untung Rugi hinggan ke Kunci Kira-kira. Rasanya, soalan yang memerlukan calon memberi perhatian kepada tempoh perakaunan dan garis masa. Perlu kreatif dan kritis!

Soalan menyediakan semula Kunci Kira-kira  setelah mengambil kira beberapa urus niaga baru. Penyediaan jadual persamaan perakaunan digunakan sebagai jalan kira. Mungkin jadual persamaan perakaunan turut diberi markah. Atau... mungkin Kunci Kira-kira baru sahaja yang dapat markah.

Syarikat Berhad - Bahagian catatan jurnal terbitan saham... dilanjutkan ke pengeposan ke lejar. Mungkin juga pengiraan dividen masuk dalam soalan ini.

Pembetulan kesilapan... pun lama tak keluar. Kalau nak keluar tahun ni, mungkin diberi imbangan duga dan senarai kesilapan. Soalannya, buat catatan jurnal untuk membaiki kesilapan, poskan ke lejar, buat semula imbangan duga baru setelah kesilapan dibetulkan.

Wallahu'alam... sebenarnya TcRaiN tersangatlah tidak tahu apakah soalan yang akan keluar dalam SPM 2011 ni... Kalaulah TcRaiN tau.... kan senang... Student TcRaiN fokus pada tajuk tu jer... Ini cuma gerak hati seorang guru. Belum tentu benar. Jadi gunalah akal masing-masing untuk lakukan yang terbaik. Spot tajuk OK tapi spot soalan... sangat TIDAK OK! Banyakkan berdoa... Hanya DIA berhak menentukan. Good Luck!


Monday, September 12, 2011

Permataku oleh Salma - Lagu dan Lirik


Lirik lagu Permataku (Tajuk asal :Aku Permata) – Salma Mentor 5 

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut 
Hati merintih terkunci mulut membisu 
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya 
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan 

Di sudut kecil hatiku sering berkata 
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya 
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras 
Demi hari esok ku relakan 

Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula 
Tuhan, hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan 
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada 
Terjawab sudah segalanya 

Aku hanya ingin merasa 
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan 
Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula 
Hanya titipkanlah doa 
Agar permataku terus bersinar 
Agar permataku terus bersinar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...