Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, September 23, 2011

Tajuk-Tajuk Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2011

Ekhem... Assalamualaikum. Bismillahirrahmannirrahim... Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk. Berikanlah kami rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau maha pemberi. Amin.

Berdasarkan analisis soalan-soalan SPM tahun-tahun lalu (sejak tahun 2004), tajuk-tajuk yang menjadi pilihan atau 'ramalan' ialah tajuk-tajuk berikut:

Untuk soalan 1... mungkin...
1. Sebahagian perekodan urus niaga ke dalam mana-mana jenis Buku Catatan Pertama / Buku Tunai.
2. Sistem Catatan Berg.
3. Penyata Belanjawan Tunai. (Mungkin minta kira lebihan ker... atau peratus varian ker... atau baki akhir berdasarkan maklumat yang diberi)
4. Analisis nisbah... yang ni dah lama tak keluar... tetapi dah ada dalam kertas 3 kan. Jadi kalau nak keluar juga balik... mungkin dalam soalan 1 ni lah.. (Haahhh... sebenarnya kesnya sama macam Penyata Belanjawan Tunai juga)
5. Pelarasan - mungkin Peruntukan Hutang Ragu lah... yang ada pertambahan atau pengurangan dari tahun ke tahun. 
6. Atau mungkin juga pelarasan lain (belanja terakru, hasil terakru, belanja terdahulu dan belanja terakru. Mungkin soalan minta buat akaun dia atau kira nilai yang akan dihantar ke Akaun Untung Rugi)
7. Syarikat Berhad - Bahagian pengiraan dividen. Saham keutamaan yang ada peratus dividen, pas tu ada dividen interim dan dividen akhir.
8. Rekod tak lengkap - cari untung perniagaan mengikut kaedah perbandingan.

Soalan 2... 
1. besar kemungkinan, Penyata Pendapatan termasuk Penyata Pengasingan Untung Rugi dan Kunci Kira-kira untuk perkongsian. Ada sedikit pelarasan di situ.

atau....

2. Akaun-akaun Kawalan, Akaun Yuran, Akaun / Penyata Perdagangan Persatuan, Akaun / Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-kira untuk Kelab dan Persatuan.

Soalan 3...
Mungkin Penyata Penyesuaian Bank... Selalunya soalan bagi Buku Tunai dan Penyata Bank untuk diselaraskan, tapi kali ini... mungkin dalam bentuk senarai urus niaga sahaja. Bentuk soalan gini rumit sikitlah... kena kreatif dan kritis.

Soalan 4 - Soalan 6  (yang kena pilih dua soalan je tu...)

Mungkin Akaun Pengeluaran... Kali ini dilanjutkan hingga ke Akaun Perdagangan... atau mungkin sampai ke Akaun Untung Rugi. (Boleh jadi juga diminta jawab dalam bentuk penyata...)

Tajuk-tajuk penyediaan Akaun-akaun untuk PELARASAN Belanja dan Hasil... termasuk Peruntukan Hutang Ragu. Dilanjutkan hingga ke Akaun / Penyata Untung Rugi hinggan ke Kunci Kira-kira. Rasanya, soalan yang memerlukan calon memberi perhatian kepada tempoh perakaunan dan garis masa. Perlu kreatif dan kritis!

Soalan menyediakan semula Kunci Kira-kira  setelah mengambil kira beberapa urus niaga baru. Penyediaan jadual persamaan perakaunan digunakan sebagai jalan kira. Mungkin jadual persamaan perakaunan turut diberi markah. Atau... mungkin Kunci Kira-kira baru sahaja yang dapat markah.

Syarikat Berhad - Bahagian catatan jurnal terbitan saham... dilanjutkan ke pengeposan ke lejar. Mungkin juga pengiraan dividen masuk dalam soalan ini.

Pembetulan kesilapan... pun lama tak keluar. Kalau nak keluar tahun ni, mungkin diberi imbangan duga dan senarai kesilapan. Soalannya, buat catatan jurnal untuk membaiki kesilapan, poskan ke lejar, buat semula imbangan duga baru setelah kesilapan dibetulkan.

Wallahu'alam... sebenarnya TcRaiN tersangatlah tidak tahu apakah soalan yang akan keluar dalam SPM 2011 ni... Kalaulah TcRaiN tau.... kan senang... Student TcRaiN fokus pada tajuk tu jer... Ini cuma gerak hati seorang guru. Belum tentu benar. Jadi gunalah akal masing-masing untuk lakukan yang terbaik. Spot tajuk OK tapi spot soalan... sangat TIDAK OK! Banyakkan berdoa... Hanya DIA berhak menentukan. Good Luck!


1 comment:

Nurul Hidayah said...

tq...so much...hope ape yg d ramalka2 keluar...coz da study hard dah tang uh...insyaallah...sucess

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...