Hari ini dah 7 September 2011. UPSR akan bermula 12 September ini, PMR 3 Oktober, SPM 14 Disember... Boleh dikatakan sudah sampai saat-saat akhir lah sekarang ini. TcRaiN berharap sangat agar pelajar-pelajar dapat meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan ini. Tiada masa lagi untuk bermalas-malasan... Mantapkan persediaan...YAKIN BOLEH!!!
Seperti yang TcRaiN sering katakan kepada pelajar-pelajar, apa jua yang kita inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya, sebaliknya, dengan izin Allah, segala-galanya TIDAK MUSTAHIL untuk berlaku. Oleh itu adalah amat penting bagi kita semua untuk mengiringi usaha kita dengan berdoa memohon keizinanNya.
Di sini ada beberapa doa yang boleh diamalkan oleh para pelajar...
|
|
|
|
|
|
|
1. Perkara paling asas.... setiap kerja yang kita lakukan hendaklah dimulakan dengan kalimah "Bismillah" | | |
بسم الله الر حمن الر حيم | |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
|
2. Doa Penerang Hati dibaca setiap kali sebelum memulakan pembelajaran dan sebelum membaca soalan peperiksaan | | |
Doa penerang hati
|
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ |
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ |
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu |
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Doa mudahkan hafalan
|
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ |
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ |
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul |
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu |
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
3. Doa selepas habis mengulangkaji pelajaran
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا
حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ
كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku
memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala
sesuatu.”
|
|
4. Doa tatkala kita terlupa apa yang telah kita pelajari. Tarik nafas dalam-dalam... tenangkan fikiran berselawatlah ke atas Nabi dan bacalah doa ini.... |
Doa apabila terlupa
|
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ |
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, |
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa. |
|
|
5. Doa ketika buntu sewaktu menjawab soalan peperiksaan, hendaklah bertenang dan bacalah doa ini... |
|
Doa minta tambah ilmu
|
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى |
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا |
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu |
yang engkau kurniakan kepadaku, |
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku |
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan |
|
|
|
6. Doa untuk memohon petunjuk... manalah tahu Allah nak gerakkan hati kita mempelajari topik yang penting dalam peperiksaan tahun ini... sebab sekarang ni semua soalan UPSR, PMR, SPM dan STPM dan siap dicetak... cuma kita tak nampak jer... topik yang disoal... apa kata kita mohon petunjuk agar hati kita digerakkan untuk membaca dan mempelajari topik yang bakal keluar dalam peperiksaan tu...
|
Doa memohon petunjuk |
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا |
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ |
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk |
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi |
|
|
|
|
|
|
Ingatlah... apa jua yang kita
inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya,
sebaliknya, dengan izin Allah, segala-galanya TIDAK MUSTAHIL untuk
berlaku.
Sebenarnya...
KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KEPADA:
ALLAH
IBU BAPA
dan
GURU
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment