Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, June 5, 2009

Hari Alam Sekitar Sedunia

Tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, 5 Jun 2009 ialah "Your Planet Need You!Unite to Combat Climate Change" (Plenet Ini Perlukan Anda, Bersatu Menentang Perubahan Cuaca). Ini adalah salah satu platform utama bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menimbulkan kesedaran penduduk dunia tentang alam sekitar.

  • Tanam pokok! Bantu Kempen Satu Billion Pokok oleh UNEP untuk mencapai target sebelum hujung tahun ini.
  • Jimatkan penggunaan air.
  • Gunakan tuala untuk mengesat muka bagi menggantikan tisu yang akan dibuang selepas digunakan
  • Untuk tapau makanan, gunakan pembungkus makanan yang boleh digunakan semula. Elakkan guna tapau polisterin. Gunakan daun pisangkah...(he he he) atau bawa kontena makanan dari rumah
  • Matikan semua suis elektrik yang tidak digunakan. Dengan melakukan ini kita dapat jimatkan tenaga elektrik, dapat jimat RM dan dapat juga mengurangkan pencemaran udara. Untungkan?
  • Seboleh-bolehnya jangan guna plastik.
Jadi kawan-kawan, mari berganding bahu menjaga alam sekitar, untuk kita dan generasi akan datang

2 comments:

Fly said...

Salam cikgu..saya sokong 100% tentang hari Alam sekitar sedunia, banyak manfaat yang kita leh dapat darinyaa..

abyway selamat bercutii..

TcRaiN said...

Memang betul tu Ckgu Fly. Dunia ni satu-satunya tempat tinggal kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...