Kedai Maya - Wajib Klik

Wednesday, September 29, 2010

INDONESIAN TREE MAN, DEDE KOSWARA

Be warned, the following photos may cause some people to feel uncomfortable. Do not continue if you are not prepared.

Photos Of Indonesian Tree Man, Dede Koswara. Dede Koswara, who is also known as a The Tree Man of Java had underwent four major operations that hacked away the bark like tissue sprouting from his hands and feet. Dede was able to see the outline of his toes for the first time as medics removed more than 4lbs of warts from his body.

Spending his last 20 years (his ordeal started when he was 15 and cut his knee where a small wart developed and spread) with the bizarre condition, Dede expressed that he wants to get better and find a job and hopes that one day he will meet a girl and get married.




Tuesday, September 21, 2010

Just For Laugh Gags!!

I am sure you will laugh when you see this video! Put your speaker on, and enjoy!
Mummy.... It's over!!!! Hu hu hu hu...

Thursday, September 16, 2010

Kronologi sejarah Sabah sehingga menyertai Malaysia.

Sekalian rakyat Malaysia, tolong ambil tahu tentang sejarah negara kita. Melalui kajian daripada banyak sumber, dan melalui media elektronik, inilah hasil yang Tcr Ain kumpulkan dan ringkaskan. Anda semua tinggal baca je lagi...!
  • Abad ke-6 : Sabah dan Sarawak adalah tertakluk di bawah kerajaan yang berpusat di Brunei. Walau bagaimanapun, Brunei sendiri adalah dipengaruhi oleh dua kuasa besar iaitu Sri Vijaya di Sumatera dan Majapahit di Jawa.
  • Tahun 1658, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu. Sandakan nama tempat tu yer... Adapun Sandakan dalam bahasa Sulu bermaksud 'Tanah Yang Digadaikan'. Ini adalah sebagai balasan kerana Sultan Sulu telah menamatkan perang saudara antara Sultan Abdul Mubin dengan Pangeran Mohidin. (Implikasinya,pemerintahan Sabah telah terbahagi kepada dua kuasa iaitu Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu)
  • Tahun 1665, Borneo menerima lawatan orang Inggeris yang pertama iaitu Kapten Cowley
  • Tahun 1761, Sultan Sulu telah membuat perjanjian dengan Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia-Timur British di Madras, yang membenarkan Syarikat Hindia Timur British membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara, iaitu di Pulau Balembangan kira-kira 20 batu dari utara bandar Kudat. (Kesannya,kini Sabah telah diperintah oleh 3 kuasa pula, iaitu Inggeris, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu)
  • Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balembangan dan menukar nama Balembangan kepada 'Felecia'. Pengawai British John Herbert telah dihantar untuk mendirikan penempatan di  pulau itu. 
  • Pada tahun 1775, petempatan tersebut mengalami kehancuran kerana banyak faktor seperti ancaman lanun, dan pentadbiran yang lemah. 
  • Pada 1803 General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina telah cuba membangunkan semula 'Felecia' sebagai stesen ketenteraan. Usaha ini juga akhirnya menemui kegagalan. Pada November 1805, British meninggalkan pulau itu. Namun, ini tidak bermakna, British tidak lagi berminat dengan Borneo Utara...
  • Pada 1881, Sabah telah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company). Ibu negeri Sabah pada masa tersebut ialah Kudat yer...!
  • Pada tahun 1883 ibu negeri Sabah berpindah ke Sandakan . 
  • Tahun 1888, dengan rasminya, Sabah telah menjadi sebuah negeri naungan Empayar British (yang mana hobi mereka menjajah negara-negara lain sedang berkobar-kobar... pada masa tu... ngeheee...!). Maknanya, pada masa tu juga, kekuasaan Sultan Sulu ke atas Sabah telah dirampas oleh British.
  • Semasa Perang Dunia Kedua, Sandakan (ibu negeri Sabah pada masa tersebut) diduduki Jepun bermula pada 19 Januari 1942 hingga 19 Oktober 1945, apabila Perang Dunia Kedua tamat dan orang-orang Jepun balik ke negara mereka... Tentu korang masih ingat dengan pengeboman bandar Nagasaki dan Hiroshima oleh Tentera Berikat. tu yang Jepun balik tu...!
  • 1946, pemerintahan British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara British tamat. Tetapi... oppssss.... ini belum bermakna British dah lepaskan Sabah... Belum lagi... kerana, Sabah telah menjadi tanah jajahan Borneo Utara yang masih diperintah oleh orang British. Tiada syarikat tu jer... ok?  Perang Dunia Kedua telah meranapkan Sandakan keseluruhannya, oleh itu ibu negeri baru Sabah berpindah ke Jesselton, yang kini dinamakan Kota Kinabalu. 
  • Penjajahan ini terus berlarutan sehinggalah pada 31 Ogos 1963, di mana usaha membentuk 'Malaysia' melalui gabungan Sabah, Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura sedang giat dijalankan. 
  • Pada tahun 1961, langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula. Ia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Filipina dan Indonesia membantah cadangan ini, kerana mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hak ke atas Sabah.  Indonesia juga bercita-cita untuk menubuhkan 'Indonesia Raya' yang dperintah oleh Parti Komunis Indonesia pada masa itu.
  • Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk antaranya adalah untuk membuat tinjauan tentang pandangan rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, sama ada bersetuju atau tidak dengan penubuhan Malaysia.
  • Pada 31 Ogos 1963, keputusan tinjauan Suruhanjaya Cobbold telah diperolehi. 70% penduduk Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
  • 16 September 1963, dengan rasminya Malaysia dibentuk melalui gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura (Singapura menarik diri dari Malaysia pada tahun 1965). 
  • Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia,Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

    Ketua Menteri Sabah yang pertama siapa yer...? Sesiapa dapat jawab... memang orang Malaysia!

    SELAMAT HARI JADI KE-47 MALAYSIAKU

Thursday, September 9, 2010

Blogging guna GPRS dan Nokia N97

Salam, alangkah sayu hati meninggalkan Ramadhan. Esok dah nak raya. Kerana tiada bulan lain yg serupa dengannya. Kali ini Tcr Ain cuba kirim entry guna telefon tangan saja. Kat Kampung ni tiada internet atau broadband. Jadi guna GPRS pun jadilah. Nasib baiklah masih ada cara naK online, walaupun ada kekurangannya. InsyaAllah. jumpa lagi soon

Tuesday, September 7, 2010

Baca "Kad" Raya Sambil Berjoget...

KHAS BUAT SEMUA PENGUNJUNG SINGLE DOT. INI KAD RAYA STAIL BARU... SUPAYA KAMU TIDAK BORING MEMBACANYA... SAMBIL MEMBACA, SAMBIL BER-"JOGET AIDIL FITRI"

Monday, September 6, 2010

Blog... Bye bye yer.. Uhuksss... sedihnya nak berenti blogging...!!!

Tcr Ain akan bercuti daripada blogging... eheeee....  buat sementara waktu je lah!. Tcr Ain akan pergi ke tempat yang nun tiada internet..... Uhukkkksss.....! Boring tak?? Uhukkkssss.... sedihnya meninggalkan Ramadhan. Bagi yang berpuasa penuh pasti impaknya lebih meriah semeriah-meriahnya.....!!! Yang tak posa tanpa sebab tu... hu hu huuuuu malu.... nak raya kan??? 

Sempena hari kemenangan yang tidak lama lagi akan menjelan, Tcr Ain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat seluruh keluarga, sedara mara yang jauh mahupun yang dekat, rakan-rakan sekerja di SM SFX, dan seluruh rakyat Malaysia. 

Semoga selamat dalam perjalanan balik kampung dan balik semula ke tempat kerja (rumah). Elakkan kemalangan, "Anda Mampu Mengubahnya....!!!" Percayalah!!!...

Mohon maaf andai ada silap dan salahku, terlepas kata, terlanjur umpat, tergelincir perbuatan... harap maafkan. Tcr Ain pun maafkan semua salah silap kalian.... Halalkan yang termakan dan terminum... begitu juga bagi pihak Tcr Ain.

InsyaAllah... kalau diizinkanNya, adalah jemputan rumah terbuka tu nanti... tarikhnya sudah ada dalam kepala... cuma belum berani nak confirm lah... mungkin sekitar 14 atau 15 Syawal lah... gitu...! 

Untuk itu, terimalah lagu kat bawah ni... lagu kegemaran Tcr Ain sejak kecil. Huuuhhh... nostalgianyerr....
Lagu Raya 1 : Cenderawasih, Bersama Di Hari Raya
(suka sangat lagu ni kerana melambangkan 1Malaysia..!!! bukan baru sebenarnya kan?)

Lagu Raya 2 : Selamat Hari Raya, Fazidah Joned



Thursday, September 2, 2010

Keratan Akhbar buat kenanganku

Ini adalah keratan akbhar "Sabah Times", pada 29 Julai 2010 (Utusan Borneo dan Daily Express pun ada juga)

Errr... sudah lebih sebulan pun Program Makan Malam Jasamu Dikenang berakhir. Tapi mesyuarat post mortem nya baru sahaja berlangsung tadi... (2 September 2010). Semasa mesyuarat tadi, tidak banyak komen negatif yang timbul. Yang paling manis untuk didengar dan menjadi penawar penat lelah kami semua ialah apabila Tuan Pengetua mengungkapkan kata-kata ini "Penganjuran kali ini merupakan salah satu penganjuran yang paling berjaya! Satu majlis kesyukuran akan diadakan kelak sebagai ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK" (Lebih kurang gini lah....)

Bagi pihak saya juga... mustahil sekali saya akan dapat menjayakan program ini seorang diri. Sebenarnya semua AJK lah yang menjadi tonggaknya. Puan Hanisah Hassan (setiausaha), nadi yang amat penting bagi program ini. Semualah..... AJK yang dedikasi belaka. Sesungguhnya, memang benar kata-kata Tuan Pengetua dalam ucapannya dalam majlis malam itu bahawa "Guru-guru SM SFX adalah guru-guru yang dedikasi, yang mampu menjalankan sebarang tugas tanpa mengenal penat lelah" (tapi Tcr Ain lain lah... kenal juga tu sama penat lelah... ngeee heee heee)

TAHNIAH SEMUA WARGA SM SFX.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...