Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, December 31, 2010

Mahu Harimau Malaya ka... atau Harimau Malaysia ka?

Aik... kenapa ni...? Cuba klik SINI dulu kemudian

Tengok muka si Pak Belang ni... ensem kan?

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

Isi kandungan

Jata Negara Malaysia

Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.

Pak Belang

Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia. Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara Malaysia yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia mempertahankan tanah air. Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Harimau Malaya dan Bola Sepak Malaysia

Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan 'Harimau Malaya' sebagai maskot dan juga gelaran kepada pasukan itu. Jersi utama pasukan bola sepak Malaysia juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada Harimau Malaya.





So... kenapa timbul isu nak tukar "Harimau Malaya" ke "Harimau Malaysia"? Nanti tak pasal-pasal harimau tu nak kena tukar surat beranak sebab nak tukar nama. Ngehe heeee heee.... Anti perpecahan! Isu gini pun jadi "mainan". Buat kajian lah dulu....

2 comments:

Anonymous said...

Guna laa MALAYA kau tu. Semua benda MALAYA, klu x MALAYA, mesti MELAYU, x MELAYU mesti MALAYA.

Mmg org MALAYA perangai mcm ni. Ambik la MALAYA tu.

Buat la semua benda taruk nama MALAYA.

Bukan mati pon.

TcRaiN said...

Masalahnya ini bukan MALAYA. Tapi "Harimau Malaya".

Kalau tidak faham dan penakut jangan hantar komen sini. Jadi ANONYMOUS berani lahkan? Ko tiada nama ka? Kalau nama ko dalam surat beranak yang kena daftar SI BIJAK BIN SI PINTAR, then orang mo tukar jadi SI NGOK BIN LOI boleh kah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...