Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, March 22, 2011

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2010 secara dalam talian

Seperti yang telah semua maklum, esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM 2010, termasuklah ahli keluarga, guru-guru dan orang-orang kampung mereka. Namun, esok, calon-calon hanya boleh mendapatkan slip keputusan tersebut mulai pukul 10.30 pagi di sekolah masing-masing di seluruh negara. Kalau rasa-rasa malas nak datang sekolah, atau ada halangan nak datang awal  ke sekolah esok, anda bolehlah menyemak keputusan tersebut secara dalam talian terlebih dahulu. Dalam talian maksudnya di sini ialah guna SMS

Caranya...
Taipkan SPM< jarak >SEMAK< jarak >[no kad pengenalan]< jarak >[angka giliran] dan hantarkan ke 15888.
 
Talian ini hanya akan dibuka mulai 23 Mac 2011, jam 10.00 pagi dan akan ditutup pada 30 Mac 2011, jam 12.00 tengah malam.

Sekian harap maklum. Nge he he he.... Selamat menyemak!!!! Bisuk arrr.... Errr.....Tapi... tapi... kalu nda ada kredit nda bulih tu...

1 comment:

Kunak Press said...

semoga success kpd mereka yg sedang menunggu result

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...