Maafkan daku... bukan niatku untuk menyentuh mana-mana hati. Cuma diri ini terfikir, alangkah baiknya andai kita semua (termasuk diriku yang kerdil ini) menyedari tentang hakikat sebenar kehidupan dunia yang maha fana dan penuh dengan godaan dan cabaran ini. Andai iman rapuh maka jadilah kita sahabat Syaitan!!!
Mengumpat.!!! Salah satu perbuatan kita yang sering membuat syaitan tertawa dan bersorak-sorai. Kerana katanya... "inilah sahabatku... inilah dia umatku... Yang bakal menemani aku di n***** kelak".

Kadang-kadang bukan tak sedar diri sedang mengumpat, tapi... rasa seronok pula mengumpat yerk..!
Mengumpat bagi kita satu perbuatan yang biasa... Kita terlupa bahawa kita sebenarnya sedang membuat dosa yang maha besar!!
DOA : Bismillahirahmaanirrahin.... Semoga tulisan ini dapat memberi sedikit atau banyak kesedaran pada diri saya sendiri, atau mungkin orang lain tentang betapa buruknya sikap mengumpat ni. Amin.... ya Rabbal Alamin...

APA ITU MENGUMPAT :
Mengumpat ialah perbuatan bercerita / menyebut / mewar-warkan perihal keburukan atau kekurangan seseorang dengan orang lain. Walaupun kita tak sebut nama orang yang sedang diumpat... masih dikira mengumpat juga, kalau kawan-kawan mengumpat tu tahu siapa yang sedang diumpat tu.

HUKUM MENGUMPAT :
Mestilah berdosa besar!!! Haiiii... ada lagi yang tak tau kerr...???
1. Perbuatan mengumpat adalah perbuatan yang amat buruk dan hina, di mana perbuatan ini boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Eeee... yeww.... cuba bayangkan kamu makan daging adik beradik kamu, atau ibu bapa kamu atau siapa-siapalah saudara seagama kita. Manusia yang waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
2. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
3. Dosa mengumpat lebih besar daripada dosa membuat zina. " Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

AKIBAT MENGUMPAT
1. Mengumpat akan menghapuskan pahala kebaikan yang kita telah buat sebelum ini. Kalau dah buat amal pun sikit, lepas tu kena padam lagi oleh dosa mengumpat... apa lagilah yang kita ada sebagai bekalan di akhirat nanti?? Buktinya ada hadis yang mengatakan, "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Ranting kayu kering adalah perumpamaan kepada pahala, api adalah dosa mengumpat.
2. Selain mendapat dosa dan akan menerima hukuman di akhirat, orang yang mengumpat juga akan mendedahkan dirinya pada perkara yang sama yang diumpatnya. Ini yang dipanggil HUKUM KARMA.
Tcr Ain percaya sangat pada hukum karma....! Dah banyak bukti dah Tcr Ain jumpa. Rasulullah juga pernah bersabda: "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
3. Itu bagi yang mengumpat.... bagi yang diumpat pula ada juga kesannya... ada juga. Mereka akan mendapat ganjaran pahala kerana diumpat, dan dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Jadi mahukah kamu menanggung dosa orang lain, sedangkan dosa sendiri menimbun???

CARA MENGELAK DARIPADA MENGUMPAT
Banyak sebenarnya yang kita boleh buat... kita kan ada akal dan fikiran masing-masing... antaranya

1. Masing-masing kena muhasabah diri
2. Sentiasa ingat bahawa kita hidup di dunia ni sementara saja.
3. Kena balik pada pencipta kita. Apa yang dijanjikanNya itu benar belaka. Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka itu benar... Hari Akhirat itu juga benar dan Hari Kiamat juga benar.
4. Banyakkan berzikir....
5. Semasa lepak-lepak tu kena ambil peranan kita... kalau kawan-kawan mula masuk bab mengumpat, pandai-pandailah tukar topik... Kalau tak juga berhenti ngumpat... Keluar dari kumpulan itu dan pergi buat kerja yang banyak tertunggak tu... heee....!
"INGATLAH DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUNKAN OLEH YANG DIUMPAT" oleh itu berusahalah sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada mengumpat. Kalau ada tak puas hati tu... baik pi jumpa sendiri dengan orang tu kan...!
TEMPATKANLAH DIRI KITA DI TEMPAT ORANG YANG DIUMPAT. DAPAT TAK RASA AIBNYA? NAK BERDEPAN DENGAN ORANG TU (YANG NGUMPAT AKU) PUN MALUUUUU.... TAU!
UNTUK YANG PERNAH TCR AIN TERUMPAT, TCR AIN MOHON MAAF. DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI. LEPAS NI TCR AIN BERHARAP SANGAT AGAR ALLAH MEMBERI KEKUATAN DIRI UNTUK MENGHINDAR DIRI DARIPADA PERBUATAN BERDOSA BESAR INI. AMIN.

Syaitan ada bersama-sama dengan orang yang suka mengumpat!!!
(Gambar ini bukan sekadar hiasan saja...)
3 comments:
Salam..
mari kuatkan iman menjauhkan diri..dari hal mengumpat..takuttt...
Ya saya pun mahu sentiasa ingat akan dosa besar ini. Saya pun takut juga ni...
salam alaik,
post ini bagus untuk renungan..
http://koleksi-kata-kata-hikmah-dalam-islam.blogspot.com/2011/03/bab-20-ghibah-mengumpat-dan-memfitnah.html
Post a Comment