Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, May 27, 2011

Hatimu Milikku (Beserta Lirik Lagu) - Nera (I love This Song)


Muzik Video Rasmi

Tajuk : Hatimu Milikmu (Beserta Lirik Lagu)
Nyanyian : Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini...

Betapa hebatnya cintamu
Memberi ku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

 Cho Mula: Di sisimu kuterdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku Cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku

Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu Cho:Tamat

Kan ku abadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya...

Kan ku coretkan kenangan mu
dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini

'Cho'

 Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Ohhh cintaku...
Ohhh...


'Cho'





Saturday, May 21, 2011

Muat Turun Jadual Waktu SPM 2011 (Final)

 Untuk memuat turun Jadual Waktu SPM 2011, silakan saja klik imej di atas... Semoga berjaya... Kalau ikut kiraan mulai hari ini... 
SPM HANYA ADA 186 HARI LAGI... ESOK TINGGAL 185 HARI, LUSA TINGGAL184 HARI, TULAT TINGGAL 183 HARI, HARI SELEPAS TULAT TINGGAL 182 HARI...  
ya begitulah... masa tidak pernah berhenti untuk menunggu sesiapa...

UNTUK ADIK-ADIK YANG NAK DUDUK SPM AMALKANLAH DOA INI KLIK

Sunday, May 8, 2011

Dilemma Sistem Automasi Pusat Sumber.... Hmmmm...

Kenapa dilemma? 

Sebenarnya ini berkaitan dengan Sistem Automasi Perpustakaan yang sedang diusahakan sejak bulan Oktober 2010. Dah berusaha mendapatkan sistem... akhirnya dapat. Sistem yang berasaskan web sepenuhnya. Sistem ini mempunyai kebaikan. Kita tak perlu risau tentang kehilangan data akibat kerosakan hard disc. Lagi satu... kerja pemprosesan buku, pendaftran keahlian, data nilam, statistik kehadiran pengunjung dan sebagainya boleh dikemaskini dan disemak pada bila-bila masa sahaja selagi ada internet dan komputer. Kedengaran sangat ideal...

Namun... yang menjadi masalahnya sekarang ialah rangkaian internet sekolah... bermasalah...! Bila dah begini... barulah terfikir untuk bina sistem automasi yang berasaskan hard disc. Bagus kerana tidak memerlukan rangkaian internet. Takut data hilang akibat kegagalan hard disc? Tak lah menakutkan sangat kalau ada back-up

Jadi sekarang... yang mana lebih baik web based or hard disc based? Dua-dua pun ada pro dan kontranya. Kalau beginilah rangkaian internet elok dipadamkan saja web based automation tu. Mujurlah software tu tidak dibeli... Pembekal beri percuma dengan syarat belian buku daripada mereka bernilai RM7K, dia beri percuma software dengan pengimbas kod bar. 

Buat masa sekarang pendaftaran buku dan kad keahlian pelajar sedang menggunakan automasi web based. Komputernya... Lap Top sendirilah... Rangkaian internetnya? Apalagi... guna broadband peribadiku... owh tidak...! Ini bermakna... automasi hanya akan berjalan selagi TcrAin ada di library... kerana TcrAin tidak rela meninggalkan broadband dan lap top kesayangan itu keseorangan tanpa tuannya di library... takut kena culik...!!!!

Adoi... sedihnya dan dilemmanya....!!! Tamatkan saja riwayat web based ini atau minta sekolah bayar bil broadband khas untuk perpustakaan? Maukah sekolah buka akaun broadband tu? Hmmm.... Pening kepala GPM!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...