Kedai Maya - Wajib Klik

Sunday, July 31, 2011

Akhirnya dia dikebumikan sebagai Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Al-Fatihah

Baru minggu lepas TcRaiN terbaca kisahnya dalam akhbar Berita Harian tentang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana, di mahkamah tinggi Terengganu ditolak. Akhirnya Mohd. Ashraf dikebumikan sebagai seorang lelaki... kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki. Jiwa arwah hanya Allah dan arwah yang maha mengetahui. Dia terlalu ingin jadi wanita sejati. Dia membuat pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Saya seolah-olah dapat membayangkan betapa hancurnya hati dia. Betapa tertekannya dia dengan keputusan mahkamah itu. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga memahami mengapa permohonannya ditolak. Di sisi Islam, adalah haram menukar jantina. Jangankan menukar jantina... mengubah sedikit sahaja pun apa-apa yang ada pada tubuh kita adalah haram dan dilaknat.

Sungguh TcRaiN teringat akan kisah filem "... Dalam Botol". Kisah Rubidin seorang lelaki gay yang menukar jantina kerana dorongan kekasih lelaki yang teramat dicintai. Setelah menukar jantina, si kekasih berpaling tadah kepada lelaki lain. Rupa-rupanya Rubidin hanya dipergunakan untuk kepentingan teman lelakinya sahaja. Rubidin pulang ke kampung sebagai lelaki... bercinta dengan Dina, seorang gadis yang sungguh menawan. Tetapi sayang... segalanya telah terlambat... Bagaimana Rubidin hendak berkahwin dengan seorang wanita sedangkan dia  telah mengubah dirinya sendiri menjadi seorang wanita?

Memang patut jika kerajaan wujudkan bantuan kaunseling untuk mereka yang mengalami krisis identiti sebegini. Saya percaya kisah filem "... dalam botol" dan kisah Mohd. Asraf, bukan kisah yang terakhir... Malah dilaporkan dalam Berita Harian 21 Julai 2011, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an. TcrAiN yakin jumlah itu sudah bertambah pada masa kini, dan bukan di ibu negara sahaja.

Semoga kisah ini akan menjadi teladan kepada yang berhajat ingin menukar jantina. Benarlah kata bidalan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Ternyata keputusan menukar jantina melalui pembedahan itu adalah jalan yang salah untuk dipilih. Jangan sesekali berniat untuk melakukannya. Ada sebabnya kita dijadikan sebegini rupa... Allah tidak menjadikannya dengan sia-sia. Oleh itu bersyukurlah kita dengan pemberian Allah. Jangan sesekali kita cuba mengubah kesempurnaan yang telah ditentukannya. Kerana hidup di dunia ini hanya sementara... di akhirat jua kekal abadi. Segeralah kita menerima hakikat bahawa kejadian Allah tidak boleh diubah.

Semoga roh Mohd. Ashraf akan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah. Amin. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...