Baru habis menonton rancangan "Who's The Daddy?" dalam saluran 733, DH&H. Rancangan ini memaparkan tentang kesangsian anak-anak di United Kingdom, tentang siapa bapa mereka... sedangkan mereka mempunyai Ibu dan Bapa. Atau kesangsian sang suami juga di U.K lah... kerana bapa-bapa tu menyedari 'anak' mereka kelihatan berbeza dengan dirinya.. atau anak-anak yang lain.
Itulah orang Barat... Isteri boleh mengandungkan anak dari lelaki lain yang bukan suaminya. Ini kerana mungkin isteri mengandungkan anak dari sperma lelaki tidak dikenali, di mana sperma itu diambil daripada tabung sperma. Kemungkinan yang kedua ialah, isteri ada affair dengan lelaki lain... sedangkan dia ada suami!
TcRaiN tengok suami-suami mereka macam tak kisah saja apabila mengetahui anak yang dijaganya selama ini bukan anak kandungnya... Wah, mereka tersangatlah terbuka...! Terbuka yang melampaui batas agama. Macam mana kalau terjadi perkahwinan sesama muhrim? Adakah ini sah di sisi agama?
Memang tidak patut terjadi di kalangan masyarakat Timur yang kaya dengan adab, sopan, tatasusila dan pegangan agama... Saya pelik dengan amalan dorang tu...! Naudzubillahiminzalik
No comments:
Post a Comment