Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, September 29, 2011

Ha ha... sekarang siapa yang dapat surprise!

Tengok je lah bidio ni... Nyesal pun tak guna dah... Ada pengajaran ni...!
Pengajaran yang paling besar... jangan peluk-peluk, kiss-kiss... dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhrim... Sentuh kulit pun JANGAN! Budaya orang barat memang langsung tak boleh pakai!!

Sekian.

Friday, September 23, 2011

Tajuk-Tajuk Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2011

Ekhem... Assalamualaikum. Bismillahirrahmannirrahim... Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk. Berikanlah kami rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau maha pemberi. Amin.

Berdasarkan analisis soalan-soalan SPM tahun-tahun lalu (sejak tahun 2004), tajuk-tajuk yang menjadi pilihan atau 'ramalan' ialah tajuk-tajuk berikut:

Untuk soalan 1... mungkin...
1. Sebahagian perekodan urus niaga ke dalam mana-mana jenis Buku Catatan Pertama / Buku Tunai.
2. Sistem Catatan Berg.
3. Penyata Belanjawan Tunai. (Mungkin minta kira lebihan ker... atau peratus varian ker... atau baki akhir berdasarkan maklumat yang diberi)
4. Analisis nisbah... yang ni dah lama tak keluar... tetapi dah ada dalam kertas 3 kan. Jadi kalau nak keluar juga balik... mungkin dalam soalan 1 ni lah.. (Haahhh... sebenarnya kesnya sama macam Penyata Belanjawan Tunai juga)
5. Pelarasan - mungkin Peruntukan Hutang Ragu lah... yang ada pertambahan atau pengurangan dari tahun ke tahun. 
6. Atau mungkin juga pelarasan lain (belanja terakru, hasil terakru, belanja terdahulu dan belanja terakru. Mungkin soalan minta buat akaun dia atau kira nilai yang akan dihantar ke Akaun Untung Rugi)
7. Syarikat Berhad - Bahagian pengiraan dividen. Saham keutamaan yang ada peratus dividen, pas tu ada dividen interim dan dividen akhir.
8. Rekod tak lengkap - cari untung perniagaan mengikut kaedah perbandingan.

Soalan 2... 
1. besar kemungkinan, Penyata Pendapatan termasuk Penyata Pengasingan Untung Rugi dan Kunci Kira-kira untuk perkongsian. Ada sedikit pelarasan di situ.

atau....

2. Akaun-akaun Kawalan, Akaun Yuran, Akaun / Penyata Perdagangan Persatuan, Akaun / Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-kira untuk Kelab dan Persatuan.

Soalan 3...
Mungkin Penyata Penyesuaian Bank... Selalunya soalan bagi Buku Tunai dan Penyata Bank untuk diselaraskan, tapi kali ini... mungkin dalam bentuk senarai urus niaga sahaja. Bentuk soalan gini rumit sikitlah... kena kreatif dan kritis.

Soalan 4 - Soalan 6  (yang kena pilih dua soalan je tu...)

Mungkin Akaun Pengeluaran... Kali ini dilanjutkan hingga ke Akaun Perdagangan... atau mungkin sampai ke Akaun Untung Rugi. (Boleh jadi juga diminta jawab dalam bentuk penyata...)

Tajuk-tajuk penyediaan Akaun-akaun untuk PELARASAN Belanja dan Hasil... termasuk Peruntukan Hutang Ragu. Dilanjutkan hingga ke Akaun / Penyata Untung Rugi hinggan ke Kunci Kira-kira. Rasanya, soalan yang memerlukan calon memberi perhatian kepada tempoh perakaunan dan garis masa. Perlu kreatif dan kritis!

Soalan menyediakan semula Kunci Kira-kira  setelah mengambil kira beberapa urus niaga baru. Penyediaan jadual persamaan perakaunan digunakan sebagai jalan kira. Mungkin jadual persamaan perakaunan turut diberi markah. Atau... mungkin Kunci Kira-kira baru sahaja yang dapat markah.

Syarikat Berhad - Bahagian catatan jurnal terbitan saham... dilanjutkan ke pengeposan ke lejar. Mungkin juga pengiraan dividen masuk dalam soalan ini.

Pembetulan kesilapan... pun lama tak keluar. Kalau nak keluar tahun ni, mungkin diberi imbangan duga dan senarai kesilapan. Soalannya, buat catatan jurnal untuk membaiki kesilapan, poskan ke lejar, buat semula imbangan duga baru setelah kesilapan dibetulkan.

Wallahu'alam... sebenarnya TcRaiN tersangatlah tidak tahu apakah soalan yang akan keluar dalam SPM 2011 ni... Kalaulah TcRaiN tau.... kan senang... Student TcRaiN fokus pada tajuk tu jer... Ini cuma gerak hati seorang guru. Belum tentu benar. Jadi gunalah akal masing-masing untuk lakukan yang terbaik. Spot tajuk OK tapi spot soalan... sangat TIDAK OK! Banyakkan berdoa... Hanya DIA berhak menentukan. Good Luck!


Monday, September 12, 2011

Permataku oleh Salma - Lagu dan Lirik


Lirik lagu Permataku (Tajuk asal :Aku Permata) – Salma Mentor 5 

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut 
Hati merintih terkunci mulut membisu 
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya 
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan 

Di sudut kecil hatiku sering berkata 
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya 
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras 
Demi hari esok ku relakan 

Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula 
Tuhan, hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan 
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada 
Terjawab sudah segalanya 

Aku hanya ingin merasa 
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan 
Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula 
Hanya titipkanlah doa 
Agar permataku terus bersinar 
Agar permataku terus bersinar

Saturday, September 10, 2011

JADUAL WAKTU UPSR 2011

 UPSR TINGGAL LAGI 3 HARI 
JADUAL WAKTU UPSR 2011 FORMAT PDF ADA KAT SINI

Tapi... macam traffic jammed lah pula laman webnya tu... tak apa... TcRaiN tolong taipkan jadual tu kat sini... sebab subjek UPSR ni bukannya banyak pun... Ni haa...

Tarikh / HariMasa / Mata pelajaran
13 September 2011
Selasa
8.15 pagi - 9.05 pagi : Bahasa Melayu (Pemahaman)
9.45 pagi - 11.00 pagi : Bahasa Melayu (Penulisan)
11.45 pagi - 12.25 tghari : Matematik (Kertas 2)
14 September 2011
Rabu
8.15 pagi - 9.15 pagi : Matematik (Kertas 1)
9.55 pagi - 10.45 pagi  : Bahasa Cina (Pemahaman)

11.45 pagi - 1.00 tghari : Bahasa Cina (Penulisan)
15 September 2011
Khamis
8.15 pagi - 9.30 pagi : Sains
10.15 pagi - 11.05 pagi : Bahasa Inggeris (Kertas 1)

11.45 pagi - 1.00 tghari : Bahasa Inggeris (Kertas 2)


2.30 petang - 4.00 petang :
Ujian Aptitud Tahun Enam

Banyak baca doa ini ya adik-adik...
Untuk para ibu bapa pun... elok kalau kita bangun tengah-tengah malam buat solat sunat Tahajjud dan Solat Sunat Hajat untuk mendoakan kejayaan anak-anak kita... Semoga Allah permudahkan... Amin

Wednesday, September 7, 2011

Doa Menghadapi Peperiksaan. Mohon IZIN dari Allah, semoga berjaya!

Hari ini dah 7 September 2011. UPSR akan bermula 12 September ini, PMR 3 Oktober, SPM 14 Disember... Boleh dikatakan sudah sampai saat-saat akhir lah sekarang ini. TcRaiN berharap sangat agar pelajar-pelajar dapat meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan ini. Tiada masa lagi untuk bermalas-malasan... Mantapkan persediaan...YAKIN BOLEH!!! 
 
Seperti yang TcRaiN sering katakan kepada pelajar-pelajar, apa jua yang kita inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya, sebaliknya, dengan izin Allah, segala-galanya TIDAK MUSTAHIL untuk berlaku. Oleh itu adalah amat penting bagi kita semua untuk mengiringi usaha kita dengan berdoa memohon keizinanNya.

Di sini ada beberapa doa yang boleh diamalkan oleh para pelajar...
1. Perkara paling asas.... setiap kerja yang kita lakukan hendaklah dimulakan dengan kalimah "Bismillah"
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
2. Doa Penerang Hati dibaca setiap kali sebelum memulakan pembelajaran dan sebelum membaca soalan peperiksaan
Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa mudahkan hafalan
 آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3. Doa selepas habis mengulangkaji pelajaran

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

4. Doa tatkala kita terlupa apa yang telah kita pelajari. Tarik nafas dalam-dalam... tenangkan fikiran berselawatlah ke atas Nabi dan bacalah doa ini....
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
5. Doa ketika buntu sewaktu menjawab soalan peperiksaan, hendaklah bertenang dan bacalah doa ini...
Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan

6. Doa untuk memohon petunjuk... manalah tahu Allah nak gerakkan hati kita mempelajari topik yang penting dalam peperiksaan tahun ini... sebab sekarang ni semua soalan UPSR, PMR, SPM dan STPM dan siap dicetak... cuma kita tak nampak jer... topik yang disoal... apa kata kita mohon petunjuk agar hati kita digerakkan untuk membaca dan mempelajari topik yang bakal keluar dalam peperiksaan tu...
Doa memohon petunjuk

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
Ingatlah... apa jua yang kita inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya, sebaliknya, dengan izin Allah, segala-galanya TIDAK MUSTAHIL untuk berlaku.

Sebenarnya... 
KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KEPADA:
ALLAH
IBU BAPA
dan
GURU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...