Kedai Maya - Wajib Klik

Sunday, March 18, 2012

Rumah Terbalik Sabah di Jalan Telibong - Tamparuli. Menarik....!!!

Baru saja dibuka untuk kunjungan umum pada 9 Mac 2012, namun cerita tentang Rumah Terbalik Borneo ini telah tersebar ke serata tempat, termasuklah di kalangan pelancong-pelancong asing. 

Rumah Terbalik ini terletak di Batu 21, Jalan Telibong - Tamparuli, Kampung Telibong , Tamparuli.

Sebenarnya rumah terbalik ini adalah yang ke-12 di dunia selepas Jerman, Brazil, Jepun, Poland, Tennesee, Sepanyol, California, Russia, Kanada, Austria dan Korea Selatan. 
Jerman

Brazil
Jepun
Poland
Tapi rumah terbalik yang ke-12 di dunia ini lebih membanggakan orang Malaysia, kerana rumah ini adalah yang pertama di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Hmm rasanya akan banyak lagi rumah terbalik akan dibina selepas ini...

Untuk memasuki rumah ini, pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM10, manakala pengunjung kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM5. 

Sebelah dalam tidak dibenarkan ambil gambar atau membuat rakaman video. Gambar sebelah luar boleh. Tapi gambaran yang boleh saya beri tentang pandangan dalam rumah tu ialah, semua perabotnya seperti televisyen, mesin basuh, katil, kipas siling lampu, sinki, perabot ruang tamu semuanya terbalik.... Jadi, kita  akan berasa seolah-olah berjalan di atas siling rumah. Tapi ada benda yang tak terbalik tau... CCTV!.

Meh la datang sini... dekat saja... Tepi jalan saja... Ni ada beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama. Huh... hebat rasanya... pertama kali dalam hidup memasuki rumah terbalik. Selalu tengok gambar dari internet saja... Itupun yang ada di luar negara...
Ahh... betul-betul terbalik...

Pasu-pasu bunga juga terbalik

Kereta kancil lady bug ini pun terbalik...

Ramainya orang beratur semata-mata nak masuk ke rumah terbalik ini...

Kaunter tiket

Plak perasmian pada 9 Mac 2012

Menarik sangat...


Jangan pijak rumput...

Tapi dua tingkap udaranya... macam normal saja... tidak terbalik pun kan?

Tunggu giliran untuk masuk










Kancil dalam garaj yang terbalik juga




Suzyanti... pemandu pelancong dengan pakaian seragamnya... Sarung batik

Sebelum masuk rumah, kena palu gong seorang 3 kali



Ketuk pintu dulu sebelum masuk... Adat orang kita

Tengok tu... kain jemuran juga terbalik....

Wah... basikal kat belakang tu...

Pening-pening juga tengok rumah ni..


Ada kedai kopi untuk makan-makan... minum-minum

Giliran mereka untuk masuk...

Kesimpulannya.... saya suuuukaaaaa sangat..!!

7 comments:

Unknown said...

Tcr Ain
Btul2 mengejutkan...nak ambil gambar ni ya. Letak pula di blog saya..hehe boleh tak..

TcRaiN said...

Yang mana nak ambil...? Nanti saya bg URL nya...

Unknown said...

Asalam..
x apa lah ya..adui banyak tul rumah tebalik ni Tc ain....macam2..

TcRaiN said...

He he.. Bukan jauh pun rumah ni cikgu. Hujung2 minggu pun boleh datang sini bawa keluarga... Bergambar dengan muka sendiri lagi best.. Tu lah idea orang cikgu.. macam2 untuk tarik perhatian. Yang kami ni.. buat reban ayam terbalik pun belum tentu lagi.. he he

ieda said...

ada penginapan ka dsna?

TcRaiN said...

Ieda... Penginapa kurang pasti. Tapi dalam kawasan rumah ni memang tiada. Tetapi kemungkinan besar, ada banyak homestay di sekitar sini..

Unknown said...

ade pulakkk macam ni!haha.senang jekan.bina rumah mcm tu pastu buat tapak perlancongan.layannn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...