Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, April 3, 2012

KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN - CONTOH PENGENALAN

Ini adalah contoh sahaja...
PENGENALAN:

Saya ___ telah menjalankan perniagaan menjual pakaian seragam di bandar Keningau sejak 1 April 2008. Modal awal pada waktu itua adalah terdiri daripada tunai di tangan berjumlah RM60 000 dan sebuah kenderaan bernilai RM 30 000. Untuk melicinkan perniagaan, saya mengupah seorang pekerja yang dibayar gaji RM1 400 sebulan.


Saya memilih untuk membuka pakaian seragam di Keningau ialah banyak sekolah rendah dan menengah yang terdapat di daerah Keningau. Selain itu, saya juga mengetahui, bahawa setiap pelajar di sekolah diwajibkan menganggotai unit berpakaian seragam di sekolah seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Saint John Ambulan, Kadet Polis dan sebagainya. Tambahan pula di daerah ini, masih belum terdapat kedai yang benar-benar mengkhusus kepada penjualan pakaian seragam.

Kelebihan membuka pakaian seragam di Keningau ialah:
a. saya mendapati perniagaan ini mempunyai potensi yang besar dalam jangka pendek dan panjang.
b. Rangkaian pakaian seragam adalah pelbagai, dari pakaian seragam sekolah hinggalah pakaian seragam anggota keselamatan.
c. Saya juga yakin permintaan pakaian seragam di daerah Keningau adalah menggalakkan selagi wujudnya sekolah-sekolah rendah dan menengah, unit-unit berpakaian seragam dan anggota-anggota keselamatan di daerah ini.
d. Saya juga mempunyai minat yang mendalam dalam terhadap pakaian seragam yang bagi saya amat penting dalam menonjolkan identiti, kekemasan dan ketrampilan pemakainya.
e. Pakaian seragam merupakan barangan yang tahan lama dan stok boleh disimpan untuk jangka waktu yang lama sehingga terdapat permintaan.
f. Bekalan dari kilang pakaian juga adalah mudah diperolehi.


Antara risiko yang mungkin dihadapai ialah;
a. Perniagaa mungkin menghadapi pesaing baru dalam pasaran, ekoran pembangunan yang semakin pesat di daerah Keningau ini.
b. Perniagaan juga terdedah kepada kemelesetan ekonomi global yang turut menjejaskan Ekonomi Malaysia. Apabila negara mengalami masalah ekonomi,permintaan kepada barang-barang adalah kurang kerana rakyat berbelanja dengan berhemat.
c. Pengguna juga hanya akan membeli pakaian seragam baru jika pakaian seragam yang sedia ada telah lusuh dan tidak boleh digunakan lagi.
d. Perniagaan juga menghadapi risiko kurang permintaan ekoran pemberian pakaian seragam percuma kepada sekolah-sekolah.
e. Permintaan terhadap pakaian seragam adalah bermusim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...