Kedai Maya - Wajib Klik

Wednesday, April 25, 2012

Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi Lepasan SPM 2011

Untuk pelajar-pelajar SPM 2011, anda dah boleh buat semakan status permohonan / kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui laman web berikut: http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik/ (klik jer banner kat bawah ni)



Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui SMS, iaitu dengan cara:
  • Taipkan MOE (jarak) MAT (jarak) NO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAT 760704085973
Jika pelajar mendapat keputusan yang melayakkannya masuk ke Matrikulasi, tetapi gagal diterima, bolehlah membuat rayuan secara online melalui laman web ini : http://www.moe.gov.my/bmkpm/(Klik bawah ni yer), mulai 25 April 2012 hingga 4 Mei 2012 sahaja.
Cepat tau!!. Bagi yang membuat rayuan, semakan keputusan boleh diperolehi melalui SMS, dengan cara:
  • Taipkan MOE (jarak) MAR(jarak) NO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAR 960704085973
Tarikh pendaftaran pelajar tahun 1 ke kolej matrikulasi ialah 21 Mei 2012.

Jika ada sebarang kemusykilan berkenaan Matrikulasi ni, cara menghubungi Kolej Matrikulasi ialah melalui alamat dan nombor telefon tertera:
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6 -7, Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Telefon : 0388844083
Faks : 0388886864 / 0388844028
Emel : webmaster@bm.matrik.edu.my

TAHNIAH KEPADA ADIKKU MD. ZULHAFIZ BIN MD. YUSOF KERANA BERJAYA MENDAPAT TEMPAT DI KML DALAM BIDANG PERAKAUNAN...

TAHNIAH JUGA KEPADA PELAJAR LAIN YANG BERJAYA.

DENGAN USAHA, TIADA YANG MUSTAHIL DI DUNIA INI.

2 comments:

Tyna Deuntzer♥ said...

salam tcr . c zul dpt kan matriks? tahniah utk dia .. sy x dapat :))

TcRaiN said...

Aikk Kat napa pula tdk dpt? Tak pcaya Tc... Buat rayuanlah mungkin tercicir tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...