Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, August 30, 2012

Bebelan di Malam Ambang Merdeka 2012. Ilham pujangga!

Pada hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55 ini... TcRaiN mendoakan kesejahteraan buat negara dan seluruh rakyat Malaysia, agar semua rakyat mempunyai matlamat yang jelas dan padu, agar semua rakyat Malaysia adalah rakyat yang benar-benar merdeka, agar semua rakyat Malaysia adalah warga yang berdaulat, agar semua rakyat menjadi rakyat yang bersyukur, agar rakyat negara ini menjadi rakyat yang mengenang budi, demi menjamin negara terus kekal aman dan harmoni.

Sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai matlamat yang jelas dan padu, kita semua sepatutnya turut sama menyokong segala usaha keras kerajaan yang bukan sahaja telah menaburkan janji-janji manis untuk rakyat, malah telah mengotakan janji-janji manis itu. Memang sesuailah tema Hari Kemerdekaan tahun ini "Janji Ditepati". Tinggal kita saja rakyat Malaysia kena main peranan, untuk terus meletakkan keyakinan penuh terhadap usaha gigih kerajaan menjalankan pelbagai transformasi. Jom rakyat Malaysia semuanya... Jangan ada yang ketinggalan daripada arus transformasi ini ya...

Rakyat yang benar-benar merdeka tidak akan mudah terpengaruh dengan arus propaganda. Di mindanya hanya ada satu sahaja iaitu negaranya yang tercinta, yang tiada duanya di dunia ini. Jati diri rakyat yang benar-benar merdeka adalah sejati, bukan ikut-ikutan, membuta tuli.

Warga berdaulat adalah warga yang menjunjung tinggi 5 prinsip rukun negara, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan.

Rakyat yang bersyukur dan berterima kasih ialah rakyat yang mensyukuri segala nikmat yang dikecapi daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan. Contohnya peluang yang kita untuk bekerja, ke tempat kerja pula ada jalan raya yang bagus, boleh naik naik kereta, rumah kita cukup baik dan selesa, setiap bulan dapat gaji, nak keluar berjalan-jalan ke mana-mana pun rasa selamat... dan banyak lagi yang patut kita syukuri. Memang sangat mudah untuk kita mengungkitkan perkara-perkara yang kita tidak miliki, tetapi cubalah membuka ruang untuk kita menyedari apa yang kita ada, tetapi orang lain tiada. Cuba hayati dan bayangkan kamu berada dalam dua situasi di bawah ni...

Situasi 1 : Kamu menghadiahkan sehelai baju kepada seorang anak jiran. Kamu selalu je intai-iantai anak jiran tu, kot-kot dia pakailah baju tu. Selang dua tiga hari kemudian kamu ternampak pula budak tu lap kereta bapanya dengan baju yang kamu beri... Apakah perasaanmu? Nanti lain kali, kamu mahu belikan dia hadiah lagi ka? Ngee...

Situasi 2 : Kamu menghadiahkan baju kepada seorang anak jiran. Kamu dapati, hari itu juga anak jiran tu pakai baju tu. Lusanya dia pakai lagi... dalam seminggu dia pakai baju tu 3 kali. Apa perasaan kamu? Nanti lain kali nak bagi budak tu hadiah lagi tak? 

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah... Negara Malaysia yang kita diami hari ini bukanlah sediakala wujud seperti ini. Tetapi negara Malaysia yang gah ini adalah ibarat sebatang pokok balak yang besar, yang hanya bermula daripada sebutir benih yang kecil. Bukan mudah untuk membinanya tetapi untuk meruntuhkannya adalah mudah. Terpulanglah kepada kita untuk memikirkanya secara rasional.

Sekian bebelan di tengah-tengah malam ambang merdeka ini daripada TcrAiN. Salam Merdeka

Meh lah hayati lirik lagu ni... hayati betul-betul tau..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...