Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, August 13, 2012

Wanita dan Raya... Meh periksa betul ka tak apa yang TcRaiN kata

Assalamualaikum, salam Ramadan 1433. Alhamdulillah... Hari ini hari ke-24 kita berpuasa. Bersyukur sangat masih diberi kesempatan mengecapi nikmat kemuliaan bulan Ramadan ini.  Lagi 5 atau 6 hari untuk kita merayakan Hari Mulia, Hari Raya... InsyaAllah.

Biasalah.. orang yang paling sibuk membuat persiapan raya adalah golongan wanita. Dari langsir, sofa, cat dinding, pinggan-mangkuk, biskut raya, lauk pauk semuanya wanitalah yang lebih pantas dan cerdas memikirkan. Dan... kalau boleh, mesti ada tema... Langsir, sofa, bekas kuih raya, cawan, pinggan mangkuk pun semua kena ikut tema..

Fikiran yang rasional akan mengatakan bahawa amalan sebegitu merupakan suatu pembaziran dan bertentangan dengan konsep dan tujuan sebenar Hari Raya. Apa tidaknya, bulan Ramadan bertujuan adalah untuk menginsafkan kita terhadap golongan yang kurang bernasib baik, yang berpuasa sepanjang tahun tanpa ada sumber untuk berbuka... Hari Raya diadakan untuk meraikan kemenangan setelah kita berjaya menempuhi dugaan berpuasa selama sebulan. Kalau kita berbelanja sakan untuk raya, nampaknya seolah-olah matlamat puasa itu tidak tercapailah.

Apabila dilihat dari sudut lain, golongan wanita sebenarnya telah memainkan peranan untuk memastikan majlis raya yang dianjurkan tu meriah dan menggembirakan. Wanita selalu ingin mencari kesempurnaan. Kaum suami patut berterima kasih kepada kaum isteri / ibu, kerana tanpa inisiatif mereka, maka raya akan menjadi hambar... tak ada biskut raya, tak ada rumah terbuka... tak adalah baju raya sedondon gitu... :-).

Walaupun kita sedar bahawa kita seharusnya mengamalkan kesederhanaan, namun sikap berbelanja sakan untuk menyambut raya, seperti sukar dikawal. Ia terjadi secara automtik semacam 'tindakan refleks'. Asal raya jer... belanja besar... asal raya jer... melaram lebih-lebih... Kenapa ya... padahal dah rancang awal-awal, nak raya ala kadar saja... Tapi apabila berhadapan dengan jualan di sana sini, akhirnya membeli juga... Kadang-kadang barang yang tiada kaitan dengan raya pun dibeli? Ish.. ish.. ish... Kenapa ya?

Mungkin kerana...
1. sikap inginkan kesempuraan... (macam yang TcRaiN tulis kat atas tadi);
2. terlalu memikirkan tentang apa yang orang lain akan kata tentang rumah kita, baju kita, kuih kita... dan sebagainya;
3. faktor lapar sewaktu sedang berpuasa. Banyak kajian mengatakan bahawa orang yang sedang lapar, keinginannya akan lebih besar. Ada juga kajian mendapati bahawa, bekalan paras glokusa ke otak yang berkurangan akan mengurangkan kemampuan otak kita untuk mengawal emosi, keinginan dan tingkah laku;
4. faktor umur, iaitu, semakin berusia seseorang itu, maka semakin kurang keupayaannya membuat kepputusan secara rasional;
5. faktor jantina, di mana terdapat ahli psikologi barat iaitu mengatakan bahawa wanita lebih rambang mata dan sukar membuat pilihan berbanding lelaki yang lebih bersifat objektif apabila membuat keputusan;
6. sikap 'tidak mahu kalah', di mana seseorang berasa tercabar apabila melihat orang lain lebih canggih daripada diri sendiri;
7. (sebab-sebab lain yang anda sendiri boleh fikirkan... ) Apa dia ya?  

Walau bagaimanapun, raya tetap raya! Tetapi kenalah "ukur baju di badan sendiri". Ikut kemampuan. Laksanakan yang wajib dulu... tu yang penting. Kalau ada duit lebih, apa salahnya bagi sedekah sikit kat orang yang kekurangan. Lebih berkat raya kita. Zakat fitrah tu bayarlah cepat-cepat... supaya cepat diagih-agih kepada para asnaf. Semoga raya kita tahun ini menjadi raya yang paling bermakna dan diberkati. Amin... Wallahu'alam...


Soalan peraduan : Berapa bilangan pengunjung wanita, dan berapa pula pengunjung lelaki.
Untuk makluman, gambar diambil daripada 
Silalah berkunjung.

Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri,
 Maaf Zahir dan Batin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...