Kedai Maya - Wajib Klik

Saturday, January 23, 2016

Mati itu bernaksud 'Sama ada dia direhatkan atau pun orang lain akan berehat daripadanya'

Bagaimana keadaan kita nanti?

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ
Daripada Abu Qatadah bin Rib'iy al-Ansariy, beliau menceritakan bahawa satu jenazah lalu berhampiran Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, lalu baginda bersabda:

 " مُسْتَرِيحٌ، وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ ".
Sama ada dia direhatkan atau pun orang lain akan berehat daripadanya.

 قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ
Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah maksud dia berehat dan orang lain akan berehat daripadanya?

قَالَ " الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ،
Baginda menjawab: Hamba yang beriman akan direhatkan daripada kesusahan dan kesukaran dunia, dan dia menuju kepada rahmat Allah.

وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ ".
Hamba yang jahat pula; (kematiannya) akan merehatkan manusia, bumi, pokok, dan haiwan daripada (kejahatannya).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6512]

www.alkahfi.com.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...