Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, July 2, 2010

Ain Md Yusof Watty has sent you a Desktopdating invitation

Add Friend Request from Desktopdating.net for ainnmy04 Ain Md Yusof Watty wants to be your friend

ainnmy04
Do you want to add Ain Md Yusof Watty to your friends network ?

Click here to accept ainnmy04 as a friend
Accept
   Click here to reject friend request
Reject
Privacy Policy  Unsubscribe  Terms and Conditions

Wednesday, June 30, 2010

ADA APA DI TANG DYNASTY HOTEL MINGGU DEPAN??

Inilah Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu.
Ini peta kedudukan Tang Dynasty Hotel, di bandar Kota Kinabalu

Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu terletak di lokasi strategik, yang mendapat julukan "Golden Mile". Menawarkan 206 bilik hotel mewah, ia menjadi tempat yang ideal bagi pertemuan korporat, pengelolaan pelbagai majlis, kursus dan seminar.

Sebenarnya pada 5 Julai hingga 7 Julai Tcr Ain ada kursus kat hotel ni... Kursus Penataraan format pentaksiran Prinsip Perakaunan namanya.... Best... tempat ni. Senang nak gi shopping kat Plaza Wawasan... See you there..

Friday, June 25, 2010

Heyy "dwarf" bukan hanya wujud dalam cerita dongeng "Snow White" lah... ada 100 dwarf dalam dunia sebenar!!



Charlotte nama diberi. Dia sangat sangat..... comel. Hanya dikandung selama 24 minggu oleh ibunya, Emma Garside. Sewaktu dilahirkan, dia hanya seberat 1oz dan panjangnya hanya 25cm. Satu-satunya pakaian yang sesuai dipakaikan padanya, adalah pakaian anak patung. Bulan Ogos 2010, dia akan mencapai usia berusia 3 tahun. Tetapi ketinggiannya hanya 58cm dan beratnya 7oz. Dia direkodkan sebagai gadis terkecil di dunia.

Perkembangannya??? Tidak jauh beza dengan kanak-kanak perempuan yang lain, di mana dia suka bermain dengan patung  "Teddy Bear", yang lebih besar daripada saiznya sendiri dan suka dengan warna "pink". Dia sudah mula belajar berjalan dan bercakap. Cuma dia dijangka tidak akan menjadi lebih tinggi lagi daripada 58cm. Namun khabarnya, para doktor masih berharap agar dia dapat membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia dijangka akan menjalani pembadahan pada tumit kakinya tidak lama lagi bagi mengatasi masalah "dwafrisme".

Doktor masih tidak dapat memastikan usianya akan kekal sehingga berapa lama, tetapi kesihatannya setakat ini dalam keadaan baik, cuma daya tahan badannnya lemah. Malah tahun hadapan... dia mungkin akan dihantar ke sekolah tadika...

Ini pula Khagendra Thapa Magar, 18 tahun, lelaki terkecil di dunia, dengan ketinggian 60cm dan berat 4.5kg. Kecikkkkknyaaaa.....


Tuesday, June 15, 2010

PEDOFILIA ADALAH PUNCA KES PENCULIKAN KANAK-KANAK SEPERTI SHARLINIE DAN NURIN

 Imej dapat dari Google Image. Pinjam yer...

Tcr Ain terdengar tentang pedofilia melalui Muzik FM sewaktu memandu kereta tadi. DJ Azura dan Muaz menghuraikan seperti berikut:
1. pedofilia ialah fantasi sex seseorang (biasanya lelaki.. tetapi boleh juga berlaku di kalangan wanita) terhadap kanak-kanak di bawah umur.
2. mereka tertarik dan bernafsu terhadap kanak-kanak kecil sahaja (13 tahun ke bawah), dan tidak pada orang dewasa.
3. dikategorikan sebagai penyakit mental kronik.
4.  pesakit cenderung mengelak daripada bersosial dan mengasingkan diri dari masyarakat
5. boleh jadi tertarik kepada kanak-kanak perempuan sahaja, atau kanak-kanak lelaki sahaja, atau kedua-dua lelaki dan perempuan.

Tindak-tanduk pesakit:
Apabila gangguan mental mereka aktif, mereka akan melakukan perkara-perkara seperti berikut:
   - menanggalkan pakaian mereka
   - memaksa kanak-kanak menyaksikan mereka melakukan onani
   - menyentuh bahagian sulit kanak-kanak
   - memaksa kanak-kanak melakukan hubungan sex dengannya
   - memaksa kanak-kanak menyentuh alat sulitnya

Punca:
1. Keturunan dan pengaruh genetik
2. Pengalaman / penderaan yang sama ke atas mereka di zaman kanak-kanak atau permulaan remaja, dan berkekalan sehingga mereka dewasa

Rawatan:
1. ubat-ubatan
2. kaunseling, atau...
3. Huhhhh.... kebiri saja

Hmmm... Golongan begini amat berbahaya. Rasanya adakah mereka ini akan tampil dengan suka rela untuk meminta rawatan???  Rasanya susah kan? Tcr Ain suka tengok rancangan siasatan kes-kes jenayah di saluran CI, Astro. Di negara omputih banyak kes-kes gini. Yang lebih teruk lagi mangsa dibunuh setelah diajak balik ke rumah dan dirogol.

Menakutkan... Golongan beginilah punca kehilangan kanak-kanak di negara ini, termasuk kes Sharlini, dan Arwah Nurin. Kes begini begitu menyedihkan dan meninggalkan kesan mendalam hati kita semua sehingga bila-bila. Mari sama-sama berdoa untuk semua kanak-kanak yang menjadi mangsa agar ada keadilan untuk mereka. Doakan agar si penjenayah menerima hukuman yang setimpal-timpalnya. Amin....!

Satu lagi info yang nak Tcr Ain kongsikan bersama ialah, Negara Afrika merupakan negara yang mencatatkan kes rogol tertinggi di dunia, iaitu 58 kes sehari di kalangan kanak-kanak, dan seorang wanita dalam setiap 23 saat. Wowwww....!!!  Hisshhhh kat Malaysia ni ramai "Pak Hitam" wooo... Errrr...FIFA World Cup 2010 dibuat di mana yer??. Oh oh...

CEK INI JUGA : KES PENCULIKAN JAYCEE LEE DUGARD OLEH PEDOFILIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...