Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, June 9, 2011

Crime and Investigations : Jaycee Lee Dugard, ditemui hidup setelah 18 tahun diculik oleh manusia Pedofilia

Saluran 732 Astro, Crime and Investigations merupakan saluran kegemaran saya. Meh sini nak kongsi satu cerita jenayah yang telah saya tonton 8 Mei 2011, jam 11 malam yang lalu bertajuk CAPTIVE FOR 18 YEARS : THE JAYCEE LEE DUGARD KIDNAPPED : . Kes ini merupakan kes culik yang luar biasa.

Kes culik ni adalah antara yang popular!!! Mungkin kamu pernah dengar nama budak perempuan ni, "Jaycee Lee Dugard yang tinggal di South Lake Tahoe, California, bersama ibunya (Terry Probyn) dan bapa tirinya (Carl Probyn). Dalam berita radio Malaysia pun ada melaporkan kes ini hujung tahun 2009. 
Dari Google Image
 
Pada 10 Jun 1991, (masa tu Jaycee baru berusia 11 tahun) dia telah dihantar oleh bapa tirinya ke tempat menunggu bas sekolah di hadapan rumah mereka. Tiba-tiba sebuah kereta membuat pusingan U, lalu meluru dengan laju. Seorang wanita lalu menarik Jaycee masuk ke dalam kereta itu. Bapa tirinya amat terkejut dengan kejadian itu lalu cuba mengejar kereta tersebut dengan basikal. Jadi... tentulah tak terkejar kan...??? Setelah jenuh mengejar dan menyedari tak akan terkejar kereta penculik... akhirnya Carl menghubungi 911 bagi memohon bantuan. Siasatan polis bermula. Carl Probyn pula yang menjadi suspeknya!!??? Pada mulanya saya pun berfikir begitu... Rupa-rupanya bukan angkara Carl Probyn... Tapi siapa punya angkara ni??? Penyiasat beralih kepada ayah kandung Jaycee... tapi juga bukan orangnya. 

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, kemudian tahun... Jaycee Lee masih gagal ditemui sehinggalah lebih 18 tahun lamanya. Ada juga orang anggap Jaycee mungkin dah mati... Meh baca pula selanjutnya ini... 

INI PULA ADALAH LATAR BELAKANG SEORANG LELAKI PEDOFILIA!!! Ada kaitan dengan kes Jaycee. 

Phillip Craig Garrido lahir di Contra Costa County, California, pada 5 April 1951. Menamatkan persekolahan di Liberty High School pada tahun 1969. Ayahnya, Manuel Garrido, yang menetap di Brentwood, mengatakan anaknya adalah "anak yang baik" tetapi berubah dengan mendadak selepas kemalangan motor sewaktu remaja. Dia mula terlibat dengan dadah... 

Pada tahun 1972, Philip Garrido ditangkap dan didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis 14 tahun, namun kes itu tidak sampai ke mahkamah selepas gadis itu enggan tampil sebagai saksi.

Pada tahun 1973, Philip Garrido berkahwin dengan Christine Murphy, yang merupakan bekas rakan sekelasnya di Liberty High School. Christine Murphy juga membuat laporan polis dan mendakwa bahawa Philip telah menculiknya setelah dia memutuskan perhubungan dengan Philip. Christine juga mendakwa dia diperlakukan dengan kejam oleh Philip. 

Pada tahun 1976, Philip Garrido menculik seorang lagi budak perempuan, Katherine Callaway di South Lake Tahoe, California. Philip membawanya ke sebuah gudang Nevada Reno lalu menyerangnya secara seksual. Seorang peronda polis yang melalui kawasan gudang terlihat sebuah kereta yang mencurigakan diletakkan di luar gudang tersebut pada yang tidak sepatutnya. Polis datang menyiasat dan terjumpa Callaway. Peristiwa ini membawa kepada penangkapan Philip Garido. 

Pada 1976 juga Philip Garrido dirujuk kepada pakar sakit jiwa atas perintah mahkamah, dan dia didapati positif penghidap Pedofilia. Sewaktu memberi keterangan di mahkamah, Philip Garrido mengaku bahawa dia sering melakukan masturbasi di dalam kereta di tepi sekolah sambil berkhayal bersama dengan kanak-kanak sekolah(perempuan...)di situ Garrido disabitkan sebagai bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dan harus melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama 50 tahun oleh Lembaga Pemasyarakatan Leavenworth di Kansas. Maknanya dia hanya akan bebas dari penjara pada tahun 2027. Sepatutnya begitulah... 

Di Leavenworth, Philip Garrido bertemu Nancy Bocanegra, yang melawat pakciknya yang juga ditahan bersama dengan Philip Garrido Pada 22 Januari 1988, Garrido dibebaskan dari Leavenworth dan berpindah ke Pusat Tahanan Negara di Nevada. Di sana dia menjalani hukuman selama tujuh bulan. 

Pada 26 Ogos 1988 dia dibebaskan dengan parol (pembebasan bersyarat) oleh kerajaan persekutuan. Philip Garrido kemudiannya tinggal di rumah ibunya yang telah tua dan nyanyuk. Sebagai seorang pesalah seks yang dibebaskan dengan parol, Philip Garrido dipantau, dipakaikan GPS pada pegelangan kaki, dan akan dilawati dengan kerap oleh pegawai polis 

Pada bulan September 1990, Jaycee Dugard dan keluarganya pindah dari bandar Orange County Garden Grove ke South Lake Tahoe. Pada 10 Jun 1991 peristiwa penculikan Jaycee Lee Dugard telah berlaku (seperti yang telah diceritakan pada perenggan awal-awal tadi). Penyangak yang menculik tu tidak lain dan tidak bukan ialah Philip Garrido dengan bininya sekali.... Nancy! 
Rupa penjahat-penjahat yang tidak berperikemanusiaan (dari Google)
 Seluruh daerah berusaha membuat pencarian besar-besaran... Hampir semua masyarakat sekitar melibatkan diri. Poster-poster diedarkan, televisyen, radio... semua menjalankan peranan masing-masing. Tapi Jaycee masih gagal ditemui... Pihak polis langsung tidak dapat melihat perkaitan antara kehilangan ini dengan Philip Garrido. Pihak polis percaya dia tidak akan berani bertidak sedemikian kerana dia dalam pengawasan ketat dan berterusan. Jadi dia tidak diberi perhatian dalam kes berhubung penculikan ini... Polis langsung tidak terfikir pun perkaitan antaranya. Lebih-lebih lagi jarak tempat kejadian dengan tempat tinggal Phillip Garrido amatlah jauh... di Antiokhia... orang di sekeliling situ pun tidak begitu menyedari tentang penculikan Jaycee...! 

Jaycee telah ditempatkan di sebuah bilik kecil yang dibina di belakang rumah Philip Garrido. Di sekeliling bilik kecil itu terdapat banyak pokok-pokok walnut yang besar. Philip Garido juga membina pagar tembok setinggi 6 kaki untuk menghalang penglihatan jiran-jiran dan orang awam ke bilik kecil tersebut. . Bilik yang menempatkan Jaycee Lee semakin tersorok dengan pembinaan gudang dan khemah-khemah di belakang rumah itu. Kawasan belakang itu juga dilaposkan dipenuhi sampah dan barang-barang terbuang. Susah untuk jangka ada orang tinggal di situ. Jaycee Lee juga telah didera secara seksual sehingga melahirkan dua orang anak perempuan yang lahir pada tahun 1994 dan 1997.
Gambar sebenar bilik / khemah Jaycee (hasil carian daripada Google Image)

Sebagai banduan yang bebas secara parol, Philip Dugard perlu melaporkan diri di pejabat parol mengikut jadual yang ditetapkan. Pada tarikh 26 Ogos, 2009 seperti biasa, Philip Garrido yang sedang dalam parol datang melaporkan diri di Pejabat Parol di California. Tetapi kali ini... Phillip Craig Garrido tersilap langkah. Dia dengan muncul dengan dua orang anak Jaycee Lee. Seroang pegawai polis wanita dapat mengesan 'kepelikan' tingkah laku mereka. Philip Garrido cuba berdalih kononya kanak-kanak itu adalah pelajar 'tuisyen'-nya. Wah... sedangkan dia adalah pesalah seks yang dilarang mempunyai anak, melibatkan diri dengan kanak-kanak atau mendekatkan diri dengan kanak-kanak dari sisi undang-undang.

Sejak dari itulah, pemerhatian dan pengintipan terus dibuat ke atas Philip Garrido sehingga membawa kepada penemuan Jaycee Lee yang telah hilang selama lebih 18 tahun. Craig Garrido, 58, dan isterinya Nancy Garrido, 54, dari Antiokhia, California telah ditangkap kerana penculikan dan beberapa kes jenayah lain. Mereka mengaku bersalah atas penculikan dan serangan seksual pada tarikh 28 April 2011 (baru jer... tahun ni... 

Sedihkan? Sebenarnya... ada banyak peluang dan petunjuk yang telah diabaikan selama tempoh penculikan itu. Antaranya...

1. Tidak seharusnya Philip 'diberi muka'. Dia penjenayah gila yang berbahaya. Kalaulah.... Philip Garrido tidak diberi parol, dia sepatutnya keluar penjara pada tahun 2027. Jadi penculikan pada 10 Jun 1991 tidak akan berlaku. Rasanya buka hanya Jaycee sahaja yang diculik. Kerana masih ramai lagi kanak-kanak perempuan yang hilangsekitar tahun 1988 dan 1989 dan masih belum ditemui. Setelah halaman belakang rumah Philip telah digali oleh penyiasat, didapati banyak tulang ditanam di kawasan tersebut. Tulang siapa entah... Baca dengan lanjut

2. Kalaulah... Pegawai Parol Philip Garrido lebih peka dan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas kediaman Garrido Jaycee Lee akan ditemui lebih awal. Ini tidak... datang situ macam asal datang jer... Entah-entah di pintu pagar jer... Lagipun dalam temuramah dengan pegawai parol itu dia mengakui ada terlihat beberapa peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak (botol susu, mainan, pakaian kanak-kanak). 

3. Seorang jiran pernah bercakap-cakap dengan Jaycee tetapi dengan pantas Philip keluar dari rumah lalu menarik Jaycee masukm semula ke biliknya. Jiran ni tidak rasa pelik kah? 

4. Pada Jun 2002, lebih kurang setahun kehilangan Jaycee, pihak polis ada menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa terlihat seorang kanak-kanak yang menyerupai Jaycee berada di Antiokha duduk dalam sebuah van kuning. Saya percaya dia adalah Jaycee yang sebenarnya. Namun polis tidak menyiasat lanjut kerana alasannya, nombor plat van itu tidak diketahui. Hmmm... lalu polis tak tau nak buat apa-apa lagi ka???? 

5. Ogos 2002, satu lagi petunjuk yang diabaikan. Iaitu kejadian kebakaran di rumah Philip Garrido. Menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan cedera kerana terjatuh ke kolam renang. Pegawai Bomba melaporkan kepada polis bahawa di mengesyaki sesuatu yang tidak kena di situ...  Pihak polis pergi menyiasat, tetapi tidak menemui kolam renang dan tanda-tanda kanak-kanak perempuan ada disitu. Kerana apa, Philip menimbus kolam renang itu dengan pantas dan memadam semua tanda-tanda kehadiran seorang kanak-kanak perempuan di situ. Lalu... petunjuk itu disia-siakan begitu sahaja...! 

Ketentuan Allah juga akhirnya dia ditemui....

Jaycee dengan 2 anaknya diletakkan di bawah jagaan ibunya Terry di suatu tempat yang dirahsiakan untuk melindungi privasi dan keselamatan mereka. Tentu bukan senang untuk memulihkan trauma Jaycee. Sedangkan ketika ditemui, Jaycee memperkenalkan dirinya sebagai Puteri Garrido... bukan Jaycee Lee Dugard. Dia sendiri telah kehilangan dirinya sendiri. Semoga hari-hari akan datang mereka akan dapat mengembalikan kebahagiaan dan hidup seperti orang biasa yang lain. Inilah wajah Jaycee Lee pada Oktober 2009.

Dapat dari Google Image

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...