Ini ha.... mula-mula tu terbaca "rolling news" dalam Buletin Utama semalam (21 Jun 2011) tentang hasrat Kelantan untuk memberi insentif kepada suami-suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain. Hari ini TcRaiN jumpa pula dalam laman sesawang The Malaysian Insider tentang hal yang sama. Ini ada TcRaiN tampalkan tentang artikel itu.
Klik untuk baca artikel dalam The Malysian Insider |
Hurmmm.... pada pandangan peribadi saya ada bagus juga cadangan ini sebab
1. ini akan menggalakkan suami-suami untuk berterus terang dan tidak menipu isteri-isteri. Hakikat sebenar tidak dapat dinafikan, walaupun ia amat pahit untuk ditelan.
2. kalau dapat insentif, ada juga sumber tambahan untuk menyara keluarga besar.
3. amat buruk kesannya terhadap keturunan kalau adik-beradik tiri tidak mengetahui mereka sebenarnya adik-beradik, bertemu, jatuh cinta dan berkahwin... (kalau pihak berahsia itu terus berahsia sehingga dia meninggal dunia. Kan mati tu boleh datang bila-bila masa saja.
4. kesan ke atas diri penipu itu sendiri juga tidak baik. Dia akan sentiasa hidup dalam keadaan rasa bersalah dan sentiasa bimbang memikirkan bila akan rahsianya itu terbongkar. Setiap kali melakukan ibadat pun akan rasa ragu-ragu... takut kalau pahala ibadat tak dapat kerana hidup dalam penipuan dan pembohongan.
5. Dari segi harta waris... pun kena ikut hukum faraid. Kalau dah berahsia-rahsia... macam mana nak ikut hukum.
6. Dapat mengelakkan kesedihan berganda ahli keluarga apabila si suami meninggal dunia. Dahlah sedih kerana kematian, ditambah pula dengan kesedihan dan keterkejutan apabila tiba-tiba datang madu-madu dan anak-anak tiri mengaku diri dan menuntut hak.
Sudut lain pula...
1. Jangan jadikan insentif ini sebagai suatu galakan untuk kahwin lebih... carilah alasan lain yang lebih munasabah dan diterima akal dan agama kalau nak berpoligami.
2. Jangan salah faham... insentif ini bukan galakan untuk kahwin lebih... tetapi untuk menggalakkan berterus terang.
3. Kerajaan Kelantan pun kalau nak bagi insentif kena kaji dulu kualiti keluarga tu... layak kah dapat insentif? Kalau keadaan isteri-isteri dan anak-anak terbiar tanpa didikan agama dan kasih sayang... rasanya tidak layak dia diberi insentif.
4. Kerajaan Kelantan mampukah nak keluar belanja membayar insentif ni... Sebab rasanya anak-anak Kelantan sendiri pun masih banyak aspek yang masih perlu dibantu...
TcRaiN nak imbas kembali tentang post TcRaiN yang merupakan kisah benar. Amat berkaitan sekali dengan artikel ini... Mungka anda teringin untuk membacanya, silakan... BACA SAYA
2 comments:
Ini gesaan & galakan agar berani berdepan dgn hakikat. berdosa jika berbohong..mana boleh berdusta..tak eloh baik terus terang..
Ya.. sayapun setuju. Berani kerana benar, takut kerana salah... Kan?
Post a Comment