Info ni aku dapat setelah mencari-cari kaedah untuk kurus, tanpa makan ubat.
1. JANGAN BERLAPAR
Kita tidak seharusnya berlapar untuk jadi kurus. Kerana tubuh perlukan makanan untuk memberi kita tenaga. Apabila keperluan tenaga melebihi makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, biasanya kita akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Contohnya, minumlah kopi 'o' dan kumur beberapa saat sebelum makan. Akibatnya tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Ini kerana kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan secara semula jadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air sahaja. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Nursing Tshirt Muslimah Wafiyya - Design Terbaru
-
NEW DESIGN
WA150B – SUITABLE FOR NURSING
MATERIAL : COTTON
COLOR : PINK WITH STRIPES
PRICE : RM59.00 (XS - XL), RM62.00 (2XL-4XL)
1 comment:
susah gak nak ikut... banyaknya syarat2
Post a Comment