Kedai Maya - Wajib Klik

Saturday, January 3, 2009

GEMUKKK....!!!!

Gemuk atau obesiti berlaku apabila badan menyimpan lemak berlebihan. Kita dapat mengetahui kita mengalami obesiti atau tidak melalui Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI). Formula BMI ialah, berat badan (kg) dibahagi dengan dua kali ganda ketinggian (m).

Contoh; Berat badan 50kg, ketinggian 1.55m

Cara mengira BMI; 50/(1.55X1.55) = 20.81

Tafsiran angka BMI
BMI 18.5 ke bawah, bermakna berat terlalu kurang
BMI 19 - 24.9, bermakna berat badan normal
BMI 25 - 29.9, bermana berat badan berlebihan
BMI 30 ke atas, bermakna OBESITI

Jenis-jenis kegemukan
1. Gemuk Air Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

2. Gemuk Angin Perut berasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
Mudah mendapat sakit kepala.

3. Gemuk Daging Badan berasa berat dan pejal.
Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Bukan apalah kan... semenjak cuti panjang ni... aku asyik mengalami kenaikan berat badan... (keturunan tiada pula). Aduiii lusa dah nak balik kerja, muat lagi ka baju kerja aku nanti... ha ha ha... silap-silap orang dah tak kenal dengan aku... Tak boleh jadi ni... tolong... macam mana mo kurus....?

3 comments:

Gee said...

sa kalu bab mo kira2 ne...sa slow cket..tapi sa hrp2 sa bukan gumuk yg no.3...adeiiii

TcRaiN said...

n gee perasan gumuk... ha ha ha

Gee said...

gumuk wa...mo 3 tingkat suda wemak sa d pewut ne...adeeeiiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...