Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, January 1, 2009

Pernahkah kamu menghadapi keadaan ditindih hantu semasa tidur??

Semasa kita tidur, adakalanya kita rasa badan kita tidak dapat digerakkan. Rasa macam ada beban berat sedang menindih atas badan kita. Kadang-kadang mahu menjerit tapi suara tidak keluar pulak. Kadang-kadang ada kita dengar bunyi atau suara yang pelik-pelik. Kadang-kadang terasa macam ada lembaga berlegar-legar di sekeliling kita. Peristiwa serupa yang aku alami masa bulan puasa yang lepas mendorong aku untuk mencari jawapan.... 

Rupa-rupanya...
dalam dunia perubatan, keadaan ini dipanggil  sleep paralysis, atau lumpuh ketika tidur (sudah tentulah sementara saja...).

Macam mana sleep paralysis berlaku?
Apabila tidur, tubuh kita akan memasuki tahap tidur paling nyenyak yang dipanggil Rapid Eye Movement Stage (REM).

Peringkat ini otak akan 'suruh' badan kita rehat. Jadi, badan kita rehat sepenuhnya (switch off la kiranya..)

Dalam otak pun ada switch off button, dipanggil Reticular Activating System (RAS). RAS akan switch off sendiri setelah badan, switch off.

Pada masa ini yang masih berfungsi dalam badan kita ialah dengupan jantung dan sistem pernafasan. Sama macam komputer kita yang hibernate.

Apabila kita bangun, RAS sepatutnya switched on balik. Barulah kita terjag sepenuhnya

Tetapi...
tapi kadang-kadang, isyarat elektrik tidak berjaya  atau lambat diaktifkan oleh otak, untuk 'menyuruh' badan kita bangun. Ha... masa inilah kita mengalami sleep paralysis. Hanya selepas otak berjaya mengaktifkan isyarat untuk 'menyuruh' badan kita bangun barulah kita dapat bangun semula seperti biasa. (Menakutkaannnn)

Satu fakta lagi, sleep paralysis selalu terjadi bersama halusinasi, sama ada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Kenapa boleh terjadi sleep paralysis?: [baca dari e-mel- sayangnya tiada nama penulis]

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni, badan penat sangat)
4. stress yang banyak kat otak, masalah keluarga, kewangan dan sebagainya
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 (contohya, kita selalu tidur rumah kita, tiba-tiba kena tidur dalam hutan, berkhemah dengan anak murid...)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Jadi lepas ni janganlah lagi kata, kita kena tindih oleh hantu.... Ishhh!!

Ini ada rujukan lebih lanjut tentang sleep paralysis.

4 comments:

Gee said...

issh ko kan...mang ada hantu ba..sa balik2 kana time d Gaya dulu...hantu itam tiiiiiiiinggi lagi tu..eeee

TcRaiN said...

He he he... saya masih percaya itu adalah "Sleep Paralysis" yang diikuti halusinasi

nordee said...

kenapa saya tak boleh guna shout box kak aina...ke saya tak pandai..hehe..selamat berblogging

Anonymous said...

Napa tulisan komen itam jer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...