Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, June 7, 2010

Ada juga polis yang tak tahu... atau ambil mudah saja tentang hal ini.

Bukan benda baru. Rasanya bukan berlaku di Keningau saja. Di mana-mana tempat pun berlaku masalah sama. Buat jejantas malas nak daki... buat "zebra crossing" pula... lain yang jadi...

Di Jalan Masak ada satu "zebra crossing". Rasanya semua pemandu tahu apa tujuan "zebra crossing" itu disediakan. Ya lah kan... kalau ada lesen memandu, mesti dah kursus tentang ini.

Jika kita menghampiri "zebra crossing" kita kena perlahankan kenderaan dan perhatikan pejalan kaki yang hendak melintas. Jika ada sahaja pejalan kaki yang meletakkan kaki ke "zebra crossing", pemandu kenderaan patut berhentikan kenderaan. Berilah pejalan kaki mendapatkan haknya untuk melintas. Kalau ada lampu isyarat pula, ikut arahan lampu isyaratlah.... 

Tapi di Keningai ni... jangan kan orang awam. Polis sendiripun melanggar undang-undang. Tcr Ain nampak dengan mata kepala sendiri. Polis yang memandu kereta polis, tidak memberhentikan kenderaan sedangkan pada masa tu ada seorang wanita sedang mengendong bayinya, sedang melintas melalui "zebra crossing". Apa perasaan kamu jika wanita dan bayi itu sedara mara kamu? Marah tak??? 

Bukan itu sahaja... pegawai polis tu sedang bercakap pakai telefon bimbit lagi. Bukan guna "handsfree set" pun. Sedangkan kalau pakai "handsfree" pun impaknya macam memandu dalam keadaaan mabuk, apa lagi kalau tangan sebelah kat stering, sebelah lagi kat telefon tangan. 

Minta maaf lah kepada polis-polis... Tidak dinafikan tugas mereka menjaga keselamatan negara amat berat dan besar untuk dipikul. Bukan semua polis macam ni... Tahu tu... Tapi janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. 

3 comments:

Gee said...

hampeh pinya pulis...cesss

A D I A said...

kepimpinan melalui teladan katanya

TcRaiN said...

perkara macam ni boleh menghakis kepercayaan kita terhadap polis!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...