Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, March 30, 2010

Mengumpat dan kita....

Masa-masa lapang, tak ada kerja nak buat, kita selalu cenderung untuk berbual-bual dengan kawan-kawan. Macam-macam hal kita nak bualkan. Cerita pasal itu, pasal ini.... dan... paling susah sangat kita nak mengelak ialah mengumpat orang. Kadang-kadang bukan tak sedar diri sedang mengumpat orang... tapi... rasa seronok pula mengumpat yerk..!

Mengumpat bagi kita satu perbuatan yang biasa... hingga kita terlupa bahawa kita sebenarnya sedang membuat dosa yang maha besar!! Ini harus menjadi renungan buat diriku dan sesiapa saja.

DOA : Bismillahirahmaanirrahin.... Semoga tulisan ini dapat memberi sedikit atau banyak kesedaran pada diri saya sendiri, atau mungkin orang lain tentang betapa buruknya sikap mengumpat ni. Amin.... ya Rabbal Alamin...


DEFINISI MENGUMPAT : Mengumpat boleh didefinisikan sebagai perbuatan bercerita / menyebut / mewar-warkan perihal keburukan atau kekurangan seseorang dengan orang lain.

Walaupun kita tak sebut nama orang yang sedang diumpat... masih dikira mengumpat juga, kalau kawan-kawan mengumpat tu tahu siapa yang sedang diumpat tu.

HUKUM MENGUMPAT : Mestilah berdosa besar!!! Hoiiii... ada lagi yang tak tau kerr...???
1. Perbuatan mengumpat adalah perbuatan yang amat buruk dan hina, di mana perbuatan ini boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Eeee... yeww.... cuba bayangkan kamu makan daging adik beradik kamu, atau ibu bapa kamu atau siapa-siapalah saudara seagama kita. Manusia yang waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

2. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

3. Dosa mengumpat lebih besar daripada dosa membuat zina.
" Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

AKIBAT MENGUMPAT
1. Mengumpat akan menghapuskan pahala kebaikan yang kita telah buat sebelum ini. Kalau dah buat amal pun sikit, lepas tu kena padam lagi oleh dosa mengumpat... apa lagilah yang kita ada sebagai bekalan di akhirat nanti?? Buktinya ada hadis yang mengatakan, "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Ranting kayu kering adalah perumpamaan kepada pahala, api adalah dosa mengumpat.

2. Selain mendapat dosa dan akan menerima hukuman di akhirat, orang yang mengumpat juga akan mendedahkan dirinya pada perkara yang sama yang diumpatnya. Ini yang dipanggil HUKUM KARMA. Tcr Ain percaya sangat pada hukum karma....! Dah banyak bukti dah Tcr Ain jumpa. Rasulullah juga pernah bersabda:
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
.

3. Itu bagi yang mengumpat.... bagi yang diumpat pula ada juga kesannya... ada juga. Mereka akan mendapat ganjaran pahala kerana diumpat, dan dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Jadi mahukah kamu menanggung dosa orang lain, sedangkan dosa sendiri menimbun???

CARA MENGELAK DARIPADA MENGUMPAT
Banyak sebenarnya yang kita boleh buat... kita kan ada akal dan fikiran masing-masing... antaranya
1. Masing-masing kena muhasabah diri
2. Sentiasa ingat bahawa kita hidup di dunia ni sementara saja.
3. Kena balik pada pencipta kita. Apa yang dijanjikanNya itu benar belaka. Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka itu benar...
Hari Akhirat itu juga benar dan Hari Kiamat juga benar.
4. Banyakkan berzikir....
5. Semasa lepak-lepak tu kena ambil peranan kita... kalau kawan-kawan mula masuk bab mengumpat, pandai-pandailah tukar topik... Kalau tak juga berhenti ngumpat... pergi buat kerja yang banyak tertunggak tu... heee....!

"INGATLAH DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUNKAN OLEH YANG DIUMPAT" oleh itu berusahalah sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada mengumpat. Kalau ada tak puas hati tu... baik pi jumpa sendiri dengan orang tu kan...!

UNTUK YANG PERNAH TCR AIN TERUMPAT, TCR AIN MOHON MAAF. DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI. LEPAS NI TCR AIN BERHARAP SANGAT AGAR ALLH MEMBERI KEKUATAN DIRI UNTUK MENGHINDAR DIRI DARIPADA PERBUATAN BERDOSA BESAR INI. AMIN.

http://farm4.static.flickr.com/3026/3014493875_e7206e9519.jpg
Agaknya dorang berdua ni mengumpat apa yer? (Gambar hiasan saja...)

Saturday, March 27, 2010

Project Alpha Season 2

Saya mendaftar Nuffnang ni dari bulan Mac 2009 kot... Tak berapa nak ingat. Tapi masa tu saya tak dapat nak letak ad dalam blog saya. Macam ada error lah... Lepas tu, bulan Mac 2010 (baru sangat lagi) cuba letak sekali lagi... akhirnya baru dapat. Kemudian ada dengar pula tentang Projek Alfa. Mula-mula tu blurr sangat tak tau benda....!

Sekarang ni ada faham sikit lah... Ni sedang try nak ikut. Cuba jer... apa salahnya.

Rupanya, Project Alpha ni dah masuk musim ke-2, dan akan berlangsung pada 19 April 2010. Dalam pada itu, ada pertandingan Instant Cash Blogging! Setiap minggu, pihak Projrct Alpha akan memberikan sebuah topik kepada blogger di halaman http://projectalpha.com.my/instant-cash-bloggin untuk dituliskan di dalam blog masing-masing.

Jika artikel blogger berkenaan merupakan antara 100 artikel pertama yang memenuhi syarat kriteria yang dinyatakan, maka blogger berkenaan berpeluang mendapat RM20 yang akan dikredit masuk ke dalam akaun Nuffnang. Senang jer kan...?


Penaja Project Alpha Season 2 ialah... Adidas Action 3. Baru semalam keluar dalam Diari Akademi Fantasia..., satu rancangan realiti nombor satu di Malaysia. Adidas Action 3 turut jadi penaja, dengan memberi buah tangan berupa penyembur penentang peluh, dengan "Triple Action". Jadi tak der lah budak2 AF8 ni rimas dengan peluh walaupun terpaksa berlatih macam-macam... menari, menyanyi... melompat sana... melompat sini... sebab dah pakai penyembur ni. Klik gambar yer..



Project Alpha dibawa khas kepada anda oleh Adidas Action 3, dan disokong oleh P1 dan MAS.

Thursday, March 25, 2010

Amazing Baby with Two FaCEs [4 Attachments]

From: FARDEEN <risky_ade86@yahoo.com>
Subject : Amazing Baby with Two FaCEs [4 Attachments]
Date: Wednesday, March 24, 2010, 2:49 PM[Attachment(s) from FARDEEN included below]Please wait images are loading .....
In the rural Nagar district of Uttar Pradesh, 50km north east of New Delhi, a woman gave birth to a baby girl with two faces and four eyes.

Her birth was welcomed with friendly cheers, claps and offerings. Her parents, who have yet to name her have said that she is a "miracle" and "a gift from god."
Doctors do not know whether she will be able to eat normally yet. At the moment she is being hand-fed.

If the baby girl had been born over here, she'd be considered a freak. However what I think is incredible is that her difference has been celebrated and she will grow up feeling special rather than a freak of nature.





Wednesday, March 24, 2010

Menatang pelik ditepi pantai

From: Azrina Ismail <azri_na@yahoo.com>
Subject:Menatang pelik ditepi pantai


Friday, March 19, 2010

"Earth Hour" 2010

Tahukah anda, bahawa "Earth Hour" telah memasuki tahun ketiga tahun ini. Tahun 2009 adalah tahun pertama Malaysia menyertainya secara rasmi. "Earth Hour" membawa manusia-manusia di bumi ini memadam lampu selama sejam untuk menunjukkan sokongan ke atas kesedaran tentang perubahan cuaca global.

Hanya tinggal 8 hari saja lagi untuk kita "Earth Hour". 27 Mac 2010 tarikhnya. Masanya 8.30 malam, bersamaan hari Sabtu.
http://ehm.my/wp-content/uploads/2010/03/EH_A2-Poster.jpg_2_Page_X.jpg

Wednesday, March 17, 2010

KONON-KONONNYA DIA TU MAGIC..

Tadi dalam Buletin Utama TV3, ada lagi berita tentang Shamsuddin Ajaib... he he... magic lah tu konon....

Hmmm rasanya semua kat Malaysia ni dah tau siapa Shamsuddin Magic ni. Dia ni umur dah 41 tahun... kahwin dengan lebih daripada satu orang perempuan. Ada sumber kata 3 orang... ada juga sumber kata 4 orang bini dia. Bini dia yang paling muda bernama Siti Nur Zubaidah... baru berusia 11 tahun. Huuuuhhhh...!! Penganiayaan kanak-kanak ni... Melanggar Enakmen Keluarga Islam yang menetapkan, bahawa seseorang wanita hanya dibenarkan berkahwin apabila dia telah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

http://www.bharian.com.my/articles/MahkamaharahSudinAjaib_budak11tahunberpisah/pix_gal0

Sian budak ni... si Magic ni memang muka miang

Alasan si Magic ni kahwin budak 11 tahun tu ialah kerana nak ikut sunnah Nabi. Hisshhhh.... itu sunnah yang tidak jelas...Kabur! Kerana... Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak melakukan tindakan mengahwini kanak-kanak 11 tahun macam tu.

Yang paling sedih... perkahwinan mereka dilangsungkan sendiri oleh Che Deraman, ayah Siti Nur Zubaidah sendiri. Kerana apa...? Kerana dia terpedaya dengan perwatakan alim Si Magic... cara si Magic berpakaian... betul-betul macam orang alim. Tu yang bahaya... ada juga orang yang perangai macam alim... pakaian pun alim... padahal hakikatnya asas agamanya tidak kuat, dan sering buat kesimpulan sendiri tentang hukum-hakam

Eiii... bukan itu saja... si Magic ni ada juga mengawinkan anak perempuannya sendiri yang baru 10 tahun dengan seorang lelaki dewasa... Adooiii... tak ada akal... tak waras betul orang ni.

http://syokkahwin.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/islam-pedophilia-hamas.jpg
errkkk... yang ni apa pulak???? Harap-harap jantan-jantan ni tak kawin dengan budak-budak ni...

Thursday, March 11, 2010

SPM 2009

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR PRINSIP PERAKAUAN 2009, SEKOLAH MENENGAH SAINT FRANCIS XAVIER KENINGAU... KERANA LULUS 100%. PADANLAH 2/3 HARI NI RASA BERDEBAR-DEBAR SAJA...

SEBENARNYA 11 SUBJEK TELAH LULUS 100%, IAITU SUBJEK EST, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, PENDIDIKAN MORAL, PENDIDIKAN ISLAM, GEOGRAFI, BAHASA MELAYU, SAINS DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

ALHAMDULILLAH...!

Tuesday, March 9, 2010

Pelajar-pelajar AF8, 2010

Saja-saja jer letak... Pic n info adalah dari http://www.murai.com.my
Antara mereka ni ada yang merupakan dua beradik perempuan iaitu Erma Suhaimi, 21 (Ema) dan Siti Adira Suhaimi, 19 (Adira), dari Sabah.

Pelajar lain ialah:
1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 (Sabah)
2. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 (Sabah),
3. Zafarina Jamhari atau Farina, 28, (Sarawak)
4. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 (Sarawak)
5. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 (Klang)
6. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 (Klang).
7. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 (Kuala Lumpur),
8. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 (Perak),
9. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 (Negeri Sembilan)
10. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 (Johor)

AF8 bermula dengan konsert Tirai AF8 pada 13 Mac 2010 (Sabtu), jam 9 malam di Astro Ria.

Sunday, March 7, 2010

Ikan Keli Sebesar Jerung...


Seseorang telah menghantar gambar-gambar ini melalui e mail. ni gambar seekor ikan keli yang ditangkap di Mukah Sarawak. Nak terkeluar bijik mata menengok ikan keli sebesar ini.... Takoottt.... dan kesian pada ikan tu...Entah berapalah usia ikan ni... Bila ditangkap? Tak tau dengan pasti. Tapi bila tengok pada tahun dalam gambar ni, tahun 2009. Baru tahun lepas. Tak ada informasi lengkap mengenainya... Cuma ada gambar ini semata-mata yang dikirim.... dan seingat saya tak pernah pula masuk berita TV... Hmmm... adakah..?
.. teringat "Monster of The River"

Saturday, March 6, 2010

Sholat Dhuha Penghapus Dosa !!!

Dalam sebuah hadits, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Siapa saja yang dapat mengerjakan Shalat Dhuha dengan Istiqomah, maka akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan." ( HR. Tirmidzi )

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Niat Solat Dhuha


Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"


Doa :

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Untuk itu, sebelum kita melakukan aktiviti pada pagi hari, luangkanlah waktu sejenak untuk melaksanakannya walaupun hanya dua rakaat, agar dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk dapat melaksanakannya. Amin

Friday, March 5, 2010

Mistakes !!! (Kelakarnya)


Macam mana kereta api nak lalu ni??


Pintunya tinggi... lepas tu tak ada tangga nak turun bah...


Wah... tangga persendirian terus ke beranda flat dia. Pertama memudahkan penceroboh, kedua, kacau tingkap orang...

Yang ringan nak angkat yang lebih berat. Inilah akibatnya


Kabel menyokong tiang... bukan tiang menyokong kabel. Ha ha ha...


Macam mana nak naik? eh.. macam mana nak turun? eh...


Ada 'fly over' di atas sebuah flat? Bayangkan kalau kita yang tinggal dalam flat tu.


He he.... pandainya buat tangga....


Menuju puncak.... Eh.. tak maulah ada tandas gini....


Pintu tanpa tangga...


Bencana alam kot....


Tengok ni.... Ah... Lu fikirlah sendiri...

Alhamdulillah... Subsidi Petrol Kekal.

Berita menarik yang didengar sejak semalam ialah, kerajaan tidak jadi untuk menarik balik subsidi minyak secara berperingkat. Jadi maknanya, harga minyak tak akan naik lah...! Sekarang ni harga petrol bersubsidi Ron 97 ialah RM1.80/liter, Ron 97 tanpa subsidi ialah RM2.05 dan Diesel berharga RM1.70/liter.

Tahun lepas kerajaan telah menanggung subsidi petrol RM3.4billion manakala untuk Diesel ialah RM1.9billion.

Harap-harap, subsidi ini tidak dikongsi bersama dengan warga asing yang tidak layak. Antara kita ada yang kerja untuk kerajaan, kita pengikut setia kerajaan... kitalah yang patut mendapat subsidi, bukan orang luar. Perlu ada mekanisme yang mantap untuk membezakan harga petrol di kalangan rakyat Malaysia dengan orang luar. Contohnya, penggunaan MyKad semasa mengisi minyak kenderaan di stesen pam sangat bagus untuk diamalkan.

Inilah bukti Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

Thursday, March 4, 2010

Bahasa isteri yang perlu difahami suami

http://www.onlinedatingschool.com/blog/wp-content/uploads/2009/07/Love2.jpg
Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1.Waktu merajuk

Bil




Sikap


Maksudnya



Mengatasinya

1




Tiba-tiba tak mahu bercakap


Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu



Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

2




Tiba-tiba marahkan suami


Dia cemburu dengan tindakan suami



Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

3




Tiba-tiba menangis


Dia sakit hati dengan tindakan suami



Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

4




Tidak mahu memberi khidmat


Dia sungguh kecewa dengan sikap suami



Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Dia sudah rajin masak

Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

2

Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Dia puas hati dengan tindakan suami

Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

3

Dia siap untuk tidur awal

Dia sudah akur dengan kehendak suami

Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

4

Dia bercakap dengan nada manja

Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3.Waktu benci

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Kehendak suami tidak dilayan

Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

2

Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

3

Makan tidak selera

Dia mahu simpati daripada suaminya

Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

4

Tidur seorang diri

Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Muka masam

Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

2

Meminta maaf sambil menangis

Dia benar-benar insaf

Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

3

Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Dia hendak meminta suami membelinya

Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 2/07/2010 05:04:00 PM

Tuesday, March 2, 2010

Di serang ikan ganjil!! 18SG

Apabila laut menjadi merah.... Suasana gembira bertukar panik...! Ramai juga yang mati dibaham ikan. Biasanya orang baham ikan. Kali ni keadaan dah terbalik.... Macam gambar dalam filem pulak


Monday, March 1, 2010

Kejam dan Berhati Binatang!

Arwah Adik Syafia Humairah Sahari ditampar, disepak dipijak dan ditendang

Sungguh terkutuk perbuatan pakwe si ibu. Kerana enggan memberikan bola yang sedang dipegang, dia ditendang, ditampar, disepak malah dipijak di bahagian perut sehingga mati oleh pemandu teksi kurang ajar.

Arwah cedera parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Walau apa pun alasannya, kanak-kanak tidak patut didera. Apalah yang dia tahu. Dia hanya berusia 3 tahun.

Pemandu teksi dengan si ibu dikatakan telah berkesedudukan beberapa lama, dan sering melakukan penderaan ke atas arwah. Kes begini ada persamaan dengan kes Aaliyah Aiman, yang berlaku kira-kira 5 bulan lalu. Si ibu berkesedudukan dengan boyfriendnya warga Sudan. Kemudian, si boyfriend mendera anak teman wanitanya sehingga mati di sebuah kondominium di Cheras.

Astaghfirullahalaziim! Mereka patut dihukum sebat sehingga mati. Atau dihukum gantung sampai mati... dengan ibunya sekali..! Soalnya mengapa masyarakat sekeliling hanya berdiam diri, membutakan mata, memekakkan telinga seolah-olah mengiakan perbuatan terkutuk mereka?

Cubalah renung wajah arwah.. Tcr Ain terbayang-bayang keadaannya semasa di dera. Seolah-olah sakitnya turut terasa...! Tanpa sedar, air mata mengalir ketika merenungnya.

Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang dikasihi Allah. Al Fatihah...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...