Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, March 1, 2010

Kejam dan Berhati Binatang!

Arwah Adik Syafia Humairah Sahari ditampar, disepak dipijak dan ditendang

Sungguh terkutuk perbuatan pakwe si ibu. Kerana enggan memberikan bola yang sedang dipegang, dia ditendang, ditampar, disepak malah dipijak di bahagian perut sehingga mati oleh pemandu teksi kurang ajar.

Arwah cedera parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Walau apa pun alasannya, kanak-kanak tidak patut didera. Apalah yang dia tahu. Dia hanya berusia 3 tahun.

Pemandu teksi dengan si ibu dikatakan telah berkesedudukan beberapa lama, dan sering melakukan penderaan ke atas arwah. Kes begini ada persamaan dengan kes Aaliyah Aiman, yang berlaku kira-kira 5 bulan lalu. Si ibu berkesedudukan dengan boyfriendnya warga Sudan. Kemudian, si boyfriend mendera anak teman wanitanya sehingga mati di sebuah kondominium di Cheras.

Astaghfirullahalaziim! Mereka patut dihukum sebat sehingga mati. Atau dihukum gantung sampai mati... dengan ibunya sekali..! Soalnya mengapa masyarakat sekeliling hanya berdiam diri, membutakan mata, memekakkan telinga seolah-olah mengiakan perbuatan terkutuk mereka?

Cubalah renung wajah arwah.. Tcr Ain terbayang-bayang keadaannya semasa di dera. Seolah-olah sakitnya turut terasa...! Tanpa sedar, air mata mengalir ketika merenungnya.

Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang dikasihi Allah. Al Fatihah...


2 comments:

kunakpress.blogspot said...

penjenayah tidak mungkin terlepas dari hukuman

TcRaiN said...

Ya itu sudah pasti...! Terlepas hukuman dunia, di akhirat pasti akan menerima balasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...