Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, March 5, 2010

Alhamdulillah... Subsidi Petrol Kekal.

Berita menarik yang didengar sejak semalam ialah, kerajaan tidak jadi untuk menarik balik subsidi minyak secara berperingkat. Jadi maknanya, harga minyak tak akan naik lah...! Sekarang ni harga petrol bersubsidi Ron 97 ialah RM1.80/liter, Ron 97 tanpa subsidi ialah RM2.05 dan Diesel berharga RM1.70/liter.

Tahun lepas kerajaan telah menanggung subsidi petrol RM3.4billion manakala untuk Diesel ialah RM1.9billion.

Harap-harap, subsidi ini tidak dikongsi bersama dengan warga asing yang tidak layak. Antara kita ada yang kerja untuk kerajaan, kita pengikut setia kerajaan... kitalah yang patut mendapat subsidi, bukan orang luar. Perlu ada mekanisme yang mantap untuk membezakan harga petrol di kalangan rakyat Malaysia dengan orang luar. Contohnya, penggunaan MyKad semasa mengisi minyak kenderaan di stesen pam sangat bagus untuk diamalkan.

Inilah bukti Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...