Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, July 19, 2010

UMAMI di lidah kita setiap hari?

Rasanya... masih ramai tidak tahu atau tidak sedar, bahawa setiap hari, lidah kita merasa umami. Umami meresap ke dalam sistem tubuh kita setiap hari.

Menurut kajian sains, lidah manusia boleh mengesan 4 jenis rasa asas iaitu manis, masin, masam dan pahit.  Tetapi, rasa asas bukan hanya ada 4, tetapi 5. Apakah rasa asas ke-5 itu??? Cuba teka... rasa apakah itu?

Rasa asas ini ditemui dalam tahun 1908, di Tokyo Jepun, oleh Kikunae Ikeda sebagai satu lagi rasa asas yang berasingan. Perkataan umami itu sendiri merupakan perkataan Jepun yang bermaksud "savoriness" dalam Bahasa Inggeris. Kalau dalam Bahasa Melayu pula, rasa umami ialah rasa lazat seperti yang terdapat dalam keju, cendawan dan makanan laut. Rasa umami mesti ada dalam makanan kita setiap hari. Sumbernya adalah datang daripada monosodium glutamate.

Nak kepastian tentang rasa umami tu macam mana? Pergilah jilat Aji-No-Moto, begitulah rasanya... he he... Info ni  pun dapat dari plastik pembungkus Aji-No-Moto lah... He he he... Mmmmm umaminyaaaaa....

4 comments:

KIDbrush® said...

1)Caye atau tidak, lidah merupakan otot paling kuat manusia! betulll... x tipu

2)lantak ko nak caye atau tidak, selain rasa manis, masam, masin, pahit dan umami... lidah juga boleh rasa geli dan mampu mengelikan!!??

3)Neh mungkin ko caye, di semenanjung Vietnam, penduduk kampung Lee Tha memberi salam dgn cara menjelirkan lidah antara satu sama lain.... jgn terkejut andaikata anda melawat ke sana, satu kampung jelir lidah kepada anda!!!

4)Neh haku pon x caye, hantu langsuir takut dengan wajahnya sendiri, oleh itu jika terserempak, jelirkan lidah anda dan just say buekkkkkk

Kid ;) ular menjelirkan lidahnya utk merasa, mengesan dan bersenam!!

Gee said...

ada2 ja c Kidberus ne...hahahaha...tu ajinomoto tia leh mkn bnyak...nti butak hehehee

Dayat said...

umaminya ratah ajinomoto ni

kunakpress.blogspot said...

ajinomoto sedap jika disimpan sebagai perisa tambahan dalam mi goreng, he..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...