Kedai Maya - Wajib Klik

Saturday, January 15, 2011

Kes kehilangan kanak-kanak. Apa di sebaliknya?

Seramai 2 749 kanak-kanak hilang di Malaysia untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini (2009 dan 2010). Hmmm.... macam tak percaya... tapi itulah hakikatnya. Majoriti yang hilang adalah kanak-kanak perempuan. Walaupun 1 457 daripadanya berjaya ditemui, namun selebihnya masih hilang. Saya terus terbayangkan Sharlini (6 tahun) dan Lee Xin Ru (2 tahun), antara kes kanak-kanak hilang dan belum ditemui hingga kini. Di manakah mereka kini? Masih hidupkah atau bagaimana?
Fotofit wajah penculik. Kanak-kanak... kalau terjumpa orang rupanya gini... Lariiikkkkk....!
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, dalam Buletin Utama TV3 bulan Disember tahun lepas (sorry... tarikh tak berapa ingat...),  daripada kes kehilangan ini hanya sebilangan kecil sahaja melibatkan jenayah (penculikan). Beliau juga menafikan wujudnya sindiket menculik kanak-kanak. Jual bayi ada.. katanya.

Jadi kalau bukan jenayah... apa ya? Tak kanlah mereka keluar dari rumah... main main main... pas tu lenyap dan ghaib macam tu saja...

Mungkin salah satu sebabnya ialah kewujudan manusia-manusia pedo... yang pernah TcRaiN tulis dulu. Semak kat SINI

Atau... mungkin boleh jadi juga kes gini berlaku... yang ni.. KLIK Yang ni betul-betul TcRaiN tak boleh terima... Apa punya mak bapalah...?

Atau... mungkin ibu bapa kanak-kanak bercerai. Si anak dijaga oleh ibu... tapi si ayah pun nak juga jaga budak tu. Jadi bapa budak tu intai sampai budak tu keluar rumah... pas tu dia pun 'tangkap' budak tu dan bawa lari jauh-jauh...

Atau... mungkin juga budak-budak ni jadi mangsa pemerdagangan orang. Tangkap budak-budak untuk dijadikan buruh paksa... pengemis.. aduh... sadisnya....! Sedih apabila membayangkan.

Atau... mungkin juga lari dari rumah... Bagi yang dekat-dekat remaja lah... Sebab data yang 2 749orang tadi tu adalah mereka yang berumur bawah 18 tahun. Jadi yang umur-umur 12, 13, 14, 15, 16 dan 17 tahun tu ada juga kemungkinan lari dari rumah. Kenapa dorang lari... mungkin tak siok duduk kat rumah atau kerana 'bopren' ajak lari.

Atau... mungkin budak-budak ni main-main kat tepi jalan raya... pas tu datang kereta.. buuummmm!!! Langgar budak tu. Budak tu cedera parah atau... hu hu hu... meninggal di tempat kejadian. Kerana takut.. lebih-lebih lagi tak ada orang nampak... orang yang langgar tu pun cepat-cepat bawa lari budak tu untuk...errr... dilupuskan. Agrrrhhhh kejamnya!!!! Adakah macam tu???? (Hmmm Khayalan TcRaiN lah ni)

Atau... mungkin budak tu jalan... jalan... jalan.... pas tu sesat... Pas tu ada orang tak ada anak... ambik budak tu.. atau... budak tu jatuh kat mana-mana... tak boleh keluar...

ARRRGGGGHHHH !!!!!! Oh tidak... tidak sanggup membayangkan azabnya kalau benar-benar lah begitu. Tragedi... tragedi... Hmmm 1 292 orang masih belum dijumpai.... Bukan angka sedikit. Kita semua patut bimbang tentang hal ini. 

Para ibu dan bapa... kawalan dan pemerhatian yang ketat perlu diberikan kepada anak-anak kita. Semoga anak-anakku dan anak-anak kita semua sentiasa terlindung daripada penganiayaan. Amin.

2 comments:

Aku Ijoi said...

Mungkin kena tangkap makhluk asing guna piring terbang... trus kena bawa pigi planet lain. Trus kena buat uji kaji... He he he...

Mama... adakah makhluk asing?

TcRaiN said...

Aduiyaiiii... Ijoi... Akibat terlalu banyak tengok kartun lah ni. Hah ha ha...

Hmmm... biasanya makhluk asing pigi negara Jepun atau pi negara orang putih ja... di Malaysia belum ada orang nampak.. (kotlah...) Wallahualam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...