Memberi derma dan menghulur bantuan memang dituntut dalam apa jua agama. Saya percaya, umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia sinonim dengan sikap pemurah dan suka menderma. Tapi macam mana sekiranya kita diminta menderma organ kita pula??? Adakah masih tetap bersikap pemurah???
Untuk menjadi penderma organ, kita harus mendaftar dengan mana-mana hospital. Selepas mendaftar, kita akan diberi kad penderma organ. Apabila penderma organ sedang menghadapi saat kematian, dia perlu dibawa ke hospital untuk dikeluarkan organ yang ingin diderma untuk diberikankan kepada pihak yang memerlukan. Maknanya... setelah kita mati dan dikebumikan nanti, organ kita dulu masih tetap hidup... Wow... bayangkan jika mata yang kita dermakan. Mata kita masih melihat dunia, sedangkan jasad kita sudah reput dimamah tanah.
Dari sudut agama Islam, menderma organ hukumnya "harus". Di mana ia bergantung dengan kerelaan hati sendiri. Tidak digalakkan dan tidak pula dilarang. Agama-agama lain pun seperti Kristian, Budha, Hindu tidak menghalang pendermaan organ.
Menderma organ ni bagus, kerana kita dapat menolong orang lain yang memerlukan meneruskan kehidupan. Maknanya... selagi organ kita digunakan oleh penerima organ kita, selagi itulah pahala kita bertambah dari hari ke hari...
Tapi apabila saya disoal mahukah saya mendaftar sebagai penderma organ??? Saya berfikir banyak-banyak-banyak kali, kerana... setahu saya, organ yang ingin didermakan itu perlu dikeluarkan daripada badan kita, pada saat-saat kita sedang nazak.....(masih bernyawalahhhh maknanya....) bukan hanya selepas kita mati.... Huuuiiiii sanggupkah???? Terpulanglah...!
Nursing Tshirt Muslimah Wafiyya - Design Terbaru
-
NEW DESIGN
WA150B – SUITABLE FOR NURSING
MATERIAL : COTTON
COLOR : PINK WITH STRIPES
PRICE : RM59.00 (XS - XL), RM62.00 (2XL-4XL)
4 comments:
TEPUK DADA TANYA SELERA...
('',)
Selera Wan pulak macam mana Wan...?
errrrr...pa la yg sa mo dewma ne...gigi bule ka...leh kin gigi pawsu kan kan kan....
tulah bah kan... mo kasi mata pun rabun. Kasi derma telinga pun tuli2. adooiii... kasi lah orang lain derma duluan...
Post a Comment