Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, November 25, 2010

Jesselton Point bakal diserbu Nuffnanger Sabahan Jumaat ini!

Apabila buka website Nuffnang pagi ini... Wowww.... mengujakan! Pertama kali Nuffnang akan buat perjumpaan di Sabah...  Merupakan penghargaan buat kami di Sabah. Terima kasih banyak Nufffnang dan... Tehtarik Memoir (Mr. President). Tetapi sayangnya Tcr Ain tidak ada rezeki untuk turut serta. Dah ada program lain. Sayang sekali....!

Perjumpaan itu akan diadakan di Dream Cones, Jesselton Point, pada 26 November 2010 (Jumaat), jam 8.00 malam. 

Dream Cones tu ialah sebuah restoran francais yang mengkhusus kepada produk ais krim, terletak di Jesselton Point. Tapi Tcr Ain tak pernah lah pula makan ais krim kat situ...

Jesselton Point pula merupakan terminal feri yang dulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu Ferry Terminal. Namanya bertukar mulai tahun 2006 setelah diswastakan. Sesiapa yang nak ke Labuan atau ke Pulau-pulau Manukan, Mamutik atau Gaya, boleh ambil bot / feri di Jesselton point ini.

Jesselton point bukan terminal feri semata-mata. Di sana terdapat banyak gerai-gerai cenderahati, gerai makanan dan tempat yang juga sesuai untuk bersantai, dan sesuai juga untuk menganjurkan majlis-majlis seperti majlis kahwin.

Tcr Ain suka pondok telefon merah yang terdapat di Jesselton Point. Macam terasa-rasa berada di London pula.... 

Selain pondok telefon merah tu... ada lagi gambar-gambar bandar KK pada zaman dulu-dulu... di sana. Apabila melihat gambar-gambar itu... terasa takjub yang sukar digambarkan!!!

Jadi Nuffnanger yang free malam tu... jangan lepaskan peluang untuk datang yer! Tcr Ain kirim salam saja dengan korang semua. Muuaaahhh...!

2 comments:

D O K I O F F I C I A L said...

bestnya.
sy x duk lg kat sabah dah

TcRaiN said...

Pickmetotebeg --> Orang yang duk Sabah pun bukan semua dapat datang. Tapi ini saya anggap sebagai satu penghargaan kepada Sabahan Nuffnanger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...