Kedai Maya - Wajib Klik

Sunday, November 21, 2010

Kisah Oh lelaki... (Laki kawanku yuckss...)

Tcr Ain kali ini blogging dengan cellphone. nge hee heeee... Tapi cerita sebenar bukanlah pasal cellphone. tetapi pasal satu peristiwa melibatkan oh lelaki.

 Gini ceritanya... Tcr Ain ada seorang kawan. Laki dia ni kira orang 'berduit' jugalah. Kerja sebagai bos lah kiranya. Selalu jugalah kerja luar daerah. Kawan Tcr Ain ni sederhana saja orangnya. Bukan jenis Queen Control... Orangnya baik sangat.  Rajin bekerja. Anak-anak pun baik-baik belaka.

Pada suatu hari, Tcr Ain dengan anak-anak keluar makan di sebuah restoran. Dengan tidak disangka-sangka. muncul laki kawan tu  seorang diri. Rasanya dia tak perasan lagi kami ada kat situ. Tcr Ain punyalah beria-ia nak tunggu dia tertoleh kat kami. Ingatkan nak lambai-lambai mesra. Sekali tu Tcr  Ain nampak satu adegan yang buat Tcr Ain terbeliak. Terkejut dan tertanya-tanya apabila melihat laki kawan Tcr Ain tu pergi ke satu meja yang dari tadi diduduki oleh seorang perempuan dengan bayinya. Laki kawan Tcr Ain yg baru datang tu terus dukung dan cium bayi tu. Errrrkkkk...! Sikit lagi nak tercekik makanan. Apalagi sambil makan sambil menunduklah Tcr Ain. Nak buat-buat tak nampak lah konon.

Hmmmm soalan Tcr Ain, adakah tanggapan Tcr Ain serupa dengan korang semua tentang hubungan laki orang tu dengan pompuan dan bayinya  tu? Kalaulah korang yang jadi Tcr Ain masa tu, korang akan tundukkan muka juga? Seingat Tcr Ain... kawan Tcr Ain selalu cerita yang laki dia ni baik dan sayang dengan mereka anak beranak. Tidak pernah pula dalam ceritanya membayangkan laki dia akan menduakan dirinya. Eh...  boleh jadikah bayi tu anak sedara dia kah anak buah-buahan dia kah.... ? Hmmmmm..... demikian sahajalah sketsa mini tetapi benar, yang melibatkan Oh Jantan...! 

4 comments:

MamaMira said...

Tak guna btl org tu..

Nora said...

Banyak kes bini dimadukan tetapi dialah orang terakhir yang tahu bahawa dia dimadukan. Sadis betul!

TcRaiN said...

Hmm... jadi korang rasa.. laki kawan tu dengan ppuan bersama bayi tu ada sesuatu juga ka? Tcr Ain takut Tcr Ain sorang yg fikir bukan-bukan...

Kalaulah betul diduakan... sian kawan Tcr Ain. Nak bg tau dia tak akan berani punyalah...

TcRaiN said...

Nora... buka sorang yg ckp serupa dgn yg Nora ckp tu... sian nasib ppuan yer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...