Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, December 24, 2009

Kerana berasa pelik yang teramat...

Ini adalah screen shoot blog ni pada 24 Disember 2009, pukul 8.37 malam waktu Malaysia. Pelik kan? Tiba-tiba menjadi sepopular ini??? Ha ha... mesti flash counter ni ada berlaku kecelaruan mental di mana-mana... Tak pa... ambik buat kenangan... mana tau esok dah balik ke asalnyer...

Oh yer... Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2010...

Saturday, December 12, 2009

Iddin dan Tonsillektomi

Dah tiga tahun Iddin hidup dengan tonsil yang bengkak. Tidur berdengkur. Akhirnya doktor menggesa agar tonsil bengkak itu dibuang. Masa tu aku beranggapan bahawa pembedahan tonsil ni.. normal jer... Lagipun sebelum bersetuju untuk merujuk ke klinik pakar, aku dah baca macam-macam artikel berkenaan tonsillektomi di internet. Aku rasa.. tak ada benda yang nak ditakutkan.

Sekarang baru aku tahu keadaan sebenarnya... apabila anakku Iddin sendiri yang melaluinya. Sebelum ni ingatkan remeh temeh jer... Tapi... dah alami sendiri baru aku tahu, sebagai ibu... kena ada rasa bimbang.

3 Disember 2009 - Tarikh pemeriksaan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Iddin 'fit' untuk meneruskan pembedahan tonsil, jadi doktor tetapkan 6 Disember 2009 untuk masuk wad di Hospital Likas.

6 Disember 2009 - Tarikh masuk wad pedriatik (bilik 8, Melur 3) Boring gila... Asyik duduk jer... Last2 keluar jalan-jalan. He he... dengan Iddin sekali. Adaka patut... Shhhh... jgn bagi tau sesiapa!

7 Disember 2009 - Pada mulanya Iddin nombor dua dalam barisan. Tapi... disebabkan budak pertama dalam barisan makan sarapan pagi (ingkar perintah berpuasa oleh doktor bedah), maka automatik Iddin naik nombor 1 dalam barisan. Jam 8.15pagi, Iddin masuk dewan pembedahan. Aku ikut sekali untuk bagi semangat sewaktu dia diberikan ubat bius, hingga dia tidur. Pastu tunggu kat luar bilik pembedahan. Lama juga menunggu, jam 10.30 baru aku dipanggil untuk tunggu Iddin sedar dari pelalian. Tapi prosedur sebenar tu paling lama pun 1 jam lah... Dalam 10 minit duduk di sisi katil Iddin, dia pun terjaga kejap. Sempat lagi dia bertanya... "sudah bedah ka tonsil Iddin?" "Sudah sayang..." Lega rasa... tengok dia consious. Tapi pas tu... dia sambaung tidur. Balik ke wad... dia sambung tidur... Bantal jadi berpeta-peta... lendir campur darah. Sian anak aku... Petang dalam jam 6, barulah Iddin betul-betul segar dari tidurnya yang panjang. Dia minta dimandikan... Jadi akupun mandikan dia. Pastu bagi dia makan ais krim dan dadih. Dia tak berapa nak makan... sakit katanya...! Paksa juga! Iddin diberikan ubat penahan sakit oleh doktor.
Ginilah rupanya kelenjar limpa di bahagian tekak (tonsil) yang telah dikeluarkan.

8 Disember 2009, pukul 11.00pagi, Iddin keluar wad. Fuhhh.... lega rasanya dah boleh tidur rumah sendiri. Wad tu cukup mengazabkan aku... Banyak kisah kat hospital ni yang nak aku ceritakan. Tapi tunggulah hari yang sesuai... Hari ini Iddin mula diberikan bubur. Gaduh lagi dengan dia sebab dia tak nak makan. Paksa juga!

9 Disember 2009, kat rumah... Iddin mula makan nasi macam biasa. Nangis-nangis dia tak nak makan. Aku pun buat-buat nangis juga... sebab dia tak nak makan. Last-last dia makan sambil nangis. Biarlah....!

10 Disember 2009 - hari keempat selepas pembedahan. Iddin masih nangis masa makan. Aku pula naik tension dibuatnya. Mana ada pilihan lain... Kena makan juga! Kalau tak... nanti sel-sel mati akan terkumpul kat tempat tonsil dibuang... dan boleh menyebabkan pendarahn berlaku kat situ...

11 Disember 2009 - Sama juga..... Tension menyuruh dia makan.... Abis macam mana nak sembuh kalau gini. Nafasnya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Busuk... Risau bukan main.... Adakah ini normal???

12 Disember 2009 - Sama juga ler.... Yang tabik dengan Iddin ni... dia boleh telan pati ikan haruan yang hanyir tu... adoi... Aku sendirik tak boleh hidu pun... hanyirrr... Mudah-mudahan Pati ikan haruan ini boleh mempercepatkan penyembuhan luka. Amin.

Tempoh penyembuhan kesan pembedahan tonsil ni menurut doktor akan mengambil masa seminggu hingga dua minggu. Iddin dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk. Elakkan makanan yang pedas, minum lebih banyak air ataupun minuman sejuk, digalakkan bercakap ....

Kerana... proses penelanan dan percakapan akan membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat dan rasa sakit akan lebih cepat berkurangan...

Selain itu... yang paling penting juga ialah... berdoa setiap kali lepas solat agar Iddin cepat pulih. Amin...

Sunday, November 29, 2009

Blog Bicara Sempoi

Nak popularkan blog..? Klik jer gambar kat atas ni. Tcr Ain nak cuba. Betul ka blog Tcr Ain akan jadi popular nanti. Jom try sama-sama. Caranya... baca jer gambar yang Tcr Ain paste kat bawah ni..


Tcr Ain buat blog sebab:
1. nak luah perasaan
2. nak keep in mind benda-benda yang Tcr Ain minat dan tahu
3. nak bertukar-tukar2 idea dan pendapat dengan sesiapa saja.

Err... jangan lupa klik gambar blog yg kat atas tu yer.... Assalamualaikum

Monday, November 9, 2009

Eee... Lucahnya... Tak Senonoh..!! Iyer Ker? Eh eh... tak ada lah.. korang yang lucah tu..

Sapa nampak gambar perempuan yang ketiga tu... Eee... tak pakai seluar kan? Eeeehhh... tak ada lah... mana ada.. tu gambar bahu perempuan yang ambil gambar lah... Tengok betul-betul. Haa... kan dah kena...! He he he

Saturday, November 7, 2009

Penggredan Baru dan Sistem Merit Kemasukan ke IPTA

Makin ketat syarat untuk lepasan SPM untuk masuk IPTA mulai tahun depan...

Pengreddan baru SPM mulai tahun depan ialah:
A+ 18merit
A 16 merit
A- 14merit
B+ 12merit
B 10merit
C+ 8merit
C 6merit
D 4merit
E 2merit
G 0merit

Tujuan perubahan pengiraan gred/merit baru ini ialah untuk mencari pelajar yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Khabarnya, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan taklimat ke seluruh negara kepada guru bimbingan dan kaunseling mengenai perubahan ini. Selain itu, penyebaran maklumat tentang perubahan ini juga akan dibuat melalui cetakan dan agihan risalah ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah.

Maklumat lanjut tentang perubahan sistem penggredan ini juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA. - KLIK SINI

Hmm... Bagus ka tak perubahan ni? Mesti bagus kan? Korang rasa macam mana lak?

Wednesday, November 4, 2009

Dah bertukar ka dorang???

Minggu depan 18 November, SPM akan bermula. Namun... aku masih tertanya-tanya... adakah ulat beluncas sudah bertukar menjadi rama-rama....? Atau masih macam tu juga... atau ulat beluncas sedang nazak... sebab tak cukup makanan? Oh... tidaaaakkkkkk.....! Mereka tak boleh mati... mereka mesti dah jadi rama-rama sekarang... Kalau tidak macam mana mereka nak terbang dan cari makanan sendiri?

Semoga berjaya anak-anakku... doa kami mengiringi perjalanan kamu. Amiiinnn.

Thursday, October 29, 2009

Jangan Bunuh Beluncas dan Jangan Diracuni Pokok Kaktus itu..

berdoa by emir.abu.khalil.
Seorang hamba Allah yang kesunyian berdoa agar dikurniakan padanya seekor rama-rama yang cantik untuk menghiburkan hati mengubati sunyi. Hamba Allah itu juga berdoa agar dirinya mendapat sepohon pokok bunga yang indah untuk disantap oleh pandangan matanya.

Setiap hari, Hamba Allah itu mengulangi doanya...

Dan akhirnya... Pada suatu hari, Hamba Allah itu bangun dari tidur di subuh hari, beliau mendapati terdapat seekor ulat beluncas dan sepohon pokok kaktus berada di sisinya. Beliau amat terkejut... hampa dan bersedih hati.... Oh... bukan ini yang kuharapkan ya Allah....

Setelah berfikir beberapa ketika... Beliau pun berkata... Ya Allah kiranya inilah pemberian-Mu padaku... akan kuterima. Walau rupa ulat beluncas ini hodoh... berkedut-kedut.... garang wajahnya... tidak seperti sang rama-rama yang kuimpikan... Walau rupa pokok kaktus ini berbulu-bulu... menakutkan... aku tetapbersyukur ya Allah..Dengan hati yang agak kecewa, dia menerima juga pemberian Allah. Dengan sabar Hamba Allah tadi memberi makan ulat beluncas yang hodoh itu... Pokok kaktus yang berbulu-bulu itu juga turut dibelai dan dijaga...

Sehinggalah suatu hari.... setelah pulang dari bekerja, dia mendapati ulat beluncasnya telah hilang dari sangkarnya... tetapi telah diganti dengan seekor rama-rama yang cantik... yang indah berwarna-warni sama seperti rama-rama yang beliau impikan selama ini.... Alangkah gembira Hamba Allah itu melihat impiannya menjadi kenyataan. Kemudian beliau teringat pula pada pokok kaktus yang disimpannya di belakang rumah.... Wah...! Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa pokok kaktus tersebut telah mengeluarkan bunga-bunga yang cantik... menarik serangga-serangga untuk datang kepadanya. Hamba Allah itu tidak henti-henti mengucapkan syukur atas kurniaan ini... Kini hidupnya sentiasa dan tidak lagi kesunyian.

Begitu jugalah dengan kita sebagai guru... jika mendapat seorang murid yang hodoh perangainya... tak cantik sikapnya... pemalas... lembab.... susah nak ajar... janganlah mengeluh. Kitalah orang yang bertanggungjawab untuk menukarkan "Ulat Beluncas" yang hodoh menjadi seekor "Rama-rama" yang cantik. Pokok kaktus yang kelihatan buruk pada pandangan mata kita juga sebenarnya boleh mengeluarkan "Bunga" yang indah. Asalkan... kita tidak membunuh ulat beluncas awal-awal lagi... atau jika kita tidak terus meracuni pokok kaktus yang masih muda remaja.

Pencerita Asal: Cikgu Zamri Ahmad, SMK Narinang, Kota Belud, Sabah.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Jadi Malaysia... dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kelmarin 16 September 2009, genap 46 tahun Malaysia dilahirkan. Mengikut sejarah, Malaysia sepatutnya diisytiharkan terbentuk pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan Indonesia dan Filipina menentang, maka PBB mencadangkan agar diadakan pungutan suara di kalangan rakyat Borneo sendiri. Tugas pungutan suara itu hanya selesai pada 14 September 1963, di mana didapati majoriti rakyat Borneo bersetuju untuk menyertai negara baru yang merdeka itu. Dengan itu, penubuhan Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

Sejak itu bermulalah perjalanan sebuah negara baru, Malaysia yang meliputi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Sebagai warganegara Malaysia, sikap patriotik harus ada... Tetapi apakah cara yang sebenarnya untuk meluah semagat patriotik? Cukupkah dengan hanya melaungkan merdeka sekuat hati, mengibarkan jalur gemilang atau perarakan besar-besaran?

Bagi saya, orang yang patriotik sebenarnya;
1. membenci rasuah
2. membeli dan berbangga dengan produk buatan Malaysia
3. utamakan melancong dalam negara
4. Cintakan alam sekitar (kitar semula itu sangaaatttt baik)
5. ada semangat satu Malaysia. Bersatu dalam kepelbagaian
6. sentiasa menjaga nama baik negara, walau di manapun pergi
7. bermoral tinggi. Jangan buat maksiat
8. bagi pelajar-pelajar pula jangan mudah berpuas hati dengan sekadar lulus... jadilah yang terbaik (termasuk pelajar IPT lah...)
9. bagi yang bekerja, kerja sungguh-sungguh. Jangan sering merungut. Nanti hilang pahala ibadah. Kalau kerja tak sungguh-sungguh... selalu nak curi tulang, nanti halal lagi kah gaji kita???
10. mengenang dan menghargai jasa pemimpin, pejuang bangsa terdahulu dan sekarang.

Hmmm negara kita bukan terbentuk sekelip mata... ada berjuta-juta rentetan kisah sebelum kita dapat kecapi kesenangan hari ini. Jangan lupa pula yer...

Dalam pada itu, beberapa hari lagi 1 Syawal pula akan menjelang. Setakat hari ini, sudah dekat 40 orang maut dalam Ops Raya tahun ini. Risaunya... Sempena Hari Raya ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin atas segala kesalahan, terlebih kata, terkasar sikap, terumpat dan sebagainya. Mana yang termakan dan terminum tu.. harap dihalalkan.

Dalam banyak-banyak lagu raya... lagu raya ini kegemaran saya... Lagu yang penuh nostalgia Selamat Hari Raya Semua...


Thursday, June 11, 2009

Kunak oh Kunak... Menanti angin perubahan??

Pintu Gerbang "Selamat Datang Ke Pekan Kunak, Pekan Indah dan Aman"

Kanak-kanak yang riang dan peramah sangat. Sebenarnya fokus utama saya ialah orang yang tengah mandi nun kat bawah jambatan. Kesian kan... gara-gara tak ada air paip.

Longgokan sampah di tebing sungai yang akan mencemar sungai. Hmmm... kenapa buat begini kawan?

Tandas di tebing sungai... Tak terfikirkah akibatnya kepada sumber air anda semua?

Memualkan! Namun...

Air sungai ini jugalah yang dipam naik untuk kegunaan penduduk kampung. Mencuci, mandi, memasak makanan dan minuman... semua guna air sungai ini... Waduh!

Wahai paip air.... sampai bilakah agaknya engkau harus begini??? Kenapa enggan membela nasib mereka??? Sudahlah miskin tidak berharta... kini engkau pula menambah beban dan kedaifan mereka. Engkau ni nama saja paip air... tapi... setitik air pun susah sangat untuk kau beri pada mereka...???

Hmmm paip air pula kah yang harus kena marah? Jadi.... Salah siapa.... salah siapa sebenarnya???

Syurga Tikus di kolong-kolong kedai yang terdapat di Pangkalan. Gambar yang ni... tiada kaitan dengan sungai... cuma ini adalah salah satu contoh bahawa Pekan Kunak sedang Nazak! Mana MDKNK???? Mana...?

Friday, June 5, 2009

Hari Alam Sekitar Sedunia

Tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, 5 Jun 2009 ialah "Your Planet Need You!Unite to Combat Climate Change" (Plenet Ini Perlukan Anda, Bersatu Menentang Perubahan Cuaca). Ini adalah salah satu platform utama bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menimbulkan kesedaran penduduk dunia tentang alam sekitar.

  • Tanam pokok! Bantu Kempen Satu Billion Pokok oleh UNEP untuk mencapai target sebelum hujung tahun ini.
  • Jimatkan penggunaan air.
  • Gunakan tuala untuk mengesat muka bagi menggantikan tisu yang akan dibuang selepas digunakan
  • Untuk tapau makanan, gunakan pembungkus makanan yang boleh digunakan semula. Elakkan guna tapau polisterin. Gunakan daun pisangkah...(he he he) atau bawa kontena makanan dari rumah
  • Matikan semua suis elektrik yang tidak digunakan. Dengan melakukan ini kita dapat jimatkan tenaga elektrik, dapat jimat RM dan dapat juga mengurangkan pencemaran udara. Untungkan?
  • Seboleh-bolehnya jangan guna plastik.
Jadi kawan-kawan, mari berganding bahu menjaga alam sekitar, untuk kita dan generasi akan datang

Thursday, June 4, 2009

Undilah Pulau Sipadan - 7 Keajaiban Semulajadi

Pulau Sipadan telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi oleh "New7Wonders", sebuah pertubuhan antarabangsa yang menganjurkan pencarian 7 keajaiban Semulajadi Dunia terkini. Pertubuhan yang ditubuhkan di Lisbon, Portugal, sejak tahun 2007 ini, adalah juga satu badan yang bekerjasama dengan The United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization (UNESCO), dalam pencarian ini. Sukacita dimaklumkan di sini, Pulau Sipadan telah berjaya tersenarai sebagai 21 calon teratas setakat ini.

Sabah juga sedang giat memperkasakan usahanya untuk memenangi gelaran 7 Keajaiban Semulajadi melalui Pulau Sipadan. Dalam pada itu, dengan sukacita diumumkan poster rasmi kempen ini, berserta laman web rasmi Vote Sipadan.




Tuesday, June 2, 2009

Eh... eh... ada hasil rupanya kempen boikot blog "orang gila" tu... Silakan baca... berikut ini...

Oh... Patutlah Blog Si Laser Azwan Ali dan tak ber-'update'. Kah kah kah
Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 1,624 views | Hantar ke Twitter! |

June 1, 2009 oleh khai
Di dalam kategori Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Kami menerima berita baik dari PengkritikTETAP di entri boikot blog Azwan Ali yang kami release beberapa minggu lalu. Pelik juga kerana kami setiap saat menanti entri terbaru di blog Azwan Ali. Mana tahu akan keluar satu entri bertaubat pula kan? Paling tidak pun entri menghentam kami semula.

Well segalanya terjawab melalui notis di bawah.

Tahniah kepada anda yang FLAG blog tersebut. Terima kasih juga kepada mereka yang membuat laporan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semoga blog seperti itu tidak akan wujud lagi di muka bumi ini.

Semua orang boleh membuat blog jika kena caranya. Tetapi jagalah adab dan batas-batas penulisan. Lagi-lagi jika anda seorang selebriti yang kononya terkenal seperti Azwan Hj. Ali. Blog dari insan yang dikenali sememangnya banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Contohi’lah Uncle Aznil Hj Nawawi. Tulis blog pun sangat menarik untuk di baca. Takde nak hentam mana-mana selebriti lain. Itu yang kita mahukan dari selebriti tanah air. Nasihat untuk Azwan Ali, buat blog baru dan jangan lagi membangga diri dan memburuk-burkkan selebriti lain. Nampak sangat dengki’nya.

Tahniah sekali lagi buat anda semua! Untuk yang belum Flag, Boleh Flag sekarang. Tinggal nak tekan submit je tu.

Monday, May 18, 2009

Ni ha.... Nak Sokong kempen Boikot Blog Azawang Aleee

Setuju sangat dengan yang dorang buat kat blog ni... Klik --> http://ohartis.com/kempen-boikot-blog-azwan-ali-flag-already/

Jom Tolong... he he he
Meh aku paste kat sini artikel oleh Gadis Lonely. Janganlah malas baca lak...

Kempen Boikot Blog Azwan Ali. Flag Already!
Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 4,636 views | Hantar ke Twitter! |

May 16, 2009 oleh Gadis Lonely?
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan


Kalau orang kata, kenapa perlu benci dengan Azwan Ali? Kalau orang kata Kenapa perlu boikot blog dia? So mari kita jawab dengan “ada aku kisah?!!”. Tagline Azwan Ali yang bakal memakan diri sendiri.

Blog Azwan Ali dilihat sebuah blog melayu yang sangat kotor. Mengotorkan dunia blogging Melayu yang semakin pesat membangun. Setiap entri kalau tidak terisi dengan artikel-artikel kotor dan mencarut, itu bukan blog Azwan Ali namanya. Tidak dinafikan, blog Azwan Ali adalah blog melayu paling kotor pernah wujud di atas muka bumi.

Tak perlu dipertikaikan mengenai cara penulisan bapok Azwan Ali yang penuh dengan caps lock dan ayat-ayat pondan, kerana bila dipertikaikan, anda akan menerima jawapan “ada ku kisah ke hanjing?!!” dari Azwan Ali.

Azwan Ali dilihat selalu mengutuk TV3 dan rancangan Jangan Tidur Lagi. Ianya dilihat tak lain tak bukan hanya sifat dengki semata-mata. Maklumlah, TV3 pun tak ingin nak amik dia lagi. Masih nak mengaku anda laku ke Azwan Ali? Setiap ayat dalam blog kalau tak membangga diri, bukan Azwan Ali namanya.

Azwan Ali bangga blog’nya kononnya dilayari berbillion-billion manusia setiap hari. Tapi lihat komen di blog’nya, semuanya kurang dari 10. Kerana apa? Rasanya 90% dari komen telah di’delete oleh Azwan Ali kerana komen tersebut hanya mengandungi ayat yang tidak senang dibacanya. Komen yang tinggal, hanya komen dari bapok-bapok yang kononnya memberi sokongan padu kepada Azwan. Entah-entah tu pun dia yang komen guna nama orang lain.

Pernah saya membaca artikel di blog’nya tanpa segan silu mengaku yang suami’nya sedang tidur? Ah sah! anda memang Gay Azwan Ali.

Kesimpulannya, anda semua boleh fikirkan sendiri secara rasional kenapa blog Azwan Ali ni harus diboikot.

1. Klik di Sini >> SINI!!

2. Tick “Hate or violence”.. klik continue….

3. Continue lagi…

4. dan SUBMIT!!!

Ya! Anda memang wira bangsa!! Tahniah!!

P/s: Keji gila jika di awal entri anda memaki hamun orang dengan ayat-ayat caci-maki, kemudian diakhiri dengan ayat memuja Tuhan.. Itulah Azwan Ali

Saturday, May 16, 2009

Sempena Hari Guru Tribute untuk bekas cikgu-cikguku

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Memang tepatlah tema Hari Guru 2009 ni... Kalau bukan kerana guru-guruku dahulu... aku bukanlah seorang guru seperti sekarang.

Ingin aku mengimbas semula kenangan bersama dengan semua bekas guru-guruku. Bilangan mereka terlalu ramai. Antara guru yang kuingat ialah:

ZAMAN SEKOLAH RENDAH (SK PENAGATAN LAUT)

1. Cikgu Md. Yusof Watty Sangkit... My own daddy... yang sejak kecil lagi telah memperkenalkan ABC dan 123 kepada kami adik beradik. Dia menulis ABC sampai Z pada sehelai kad manila lalu ditampal di dinding ruang tamu kami... Hmmm nostalgianya...

2. Cikgu Naisah (lupa binti apa). Cikgu ni adalah cikgu pertama yang kujumpa dalam kelas, sejak aku memasuki alam persekolahan. Masa tu aku baru berumur 5 tahun lebih. Masuk sekolah dah bulan 3. Sepatutnya masa untuk aku bersekolah masih sampai... tapi Daddy yang memasukkan aku ke sekolah kerana selalu saja merayau-rayau ke kawasan sekolah dan mengintip murid-murid sekolah belajar di kelas... Heee... kadang-kadang tu menyorok bawah kolong sekolah untuk mendengar cikgu-cikgu mengajar. Masih ku ingat lagi, pelajaran pertama Cikgu Naisah ialah menyuruh kami menulis huruf "a" banyak-banyak dalam buku latihan. Masa tu tanganku belum biasa memegang pensil... menggeletar tanganku. Tulisan huruf "a" ku kelihatan buruk... kerinting dan panjang-panjang ... ha ha... Saat Cikgu Naisah melawat kerjaku, aku takut... sebab tulisanku tidak seperti yang ditulisnya pada papan hitam. Tapi... sebaliknya Cikgu tak marah pun... malahan dia puji tulisan ku... dia kata "pandai... cantiknya tulisan... tulis lagi ya..." Terharu sungguh mendengar galakan itu.

3. Cikgu Galiwas Gampatod (dia dah pergi tak kembali lagi...huuuu....). Dia ni guru Matematikku. Dia mengajar ku tentang nombor-nombor dan operasi campur dan tolak. Kenangan yang tak boleh kulupakan bersama mendiang ialah... pada suatu hari... mendiang masuk kelas dengan dengan mata yang bengkak... Aku yang memang kategori budak nakal masa tu menjerit "Cikgu... saya tau kenapa mata cikgu bengkak... sebab cikgu menangis semalam kan....?" (Aduh....! kenapalah aku buat gitu kan... Ampun cikgu...) Mendiang pun datang menghampiri ku lalu mengetuk kepalaku dengan pen Kilometrico berwarna biru.... Aku pun berkata.."eleeehhhh tidak sakit pun...!" Mendiang malas nak layan aku lagi... "sudah buat kerja yang saya suruh ni... kalau tidak siap... saya report pada bapa awak". Sekarang aku faham... Cikgu tetap datang sekolah dan menjalankan tugas mengajar anak murid walaupun matanya bengkak. Cikgu sanggup mengetepikan soal wajahnya kerana betul-betul ikhlas dengan tugasnya sebagai guru. Pernah suatu ketika aku diserang migrain.... mata berair tidak henti-henti... mataku bengkak di pagi hari... sikit lagi tak nak datang sekolah... tapi bila ingat balik kisah ku ini... aku datang juga ke sekolah. Kucekalkan hati... dan berkata " Ini untuk Cikgu Galiwas. Kalau dia boleh... aku juga boleh!

3. Ustaz Hussin Jusoh. Dia orang Terengganu. Rambutnya "Kribo", ala ala David Arumugam. Memang fesyen zaman tu lah kot. Dia ni aku ingat kerana dialah yang mengajarkan aku tulisan jawi. Dia menjadikan aku pandai membaca tulisan jawi sejak darjah satu lagi. Kini giliran aku mengajarkan anak-anakku pula... Kalaulah bukan kerana Ustaz ni dulu... mampukah aku mengajarkan anak-anakku tulisan jawi??? Tengkiu Ustaz...

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH
(SMK BINGKOR)


4. Cikgu Abdul Manaf Bin Saedih, guru sekolah menengah yang pertama masuk ke kelasku. Seorang guru BM. Dia memberitahu bahawa dia berasal dari Beaufort... lalu dia meminta seorang untuk mengeja perkataan "Beaufort". Setelah cikgu memanggil-manggil... dan tiada seorang pun yang tampil, lalu aku pun mengangkat tangan, keluar ke depan dan menulis "b o p o t" di papan hijau... heeeee..... Bukan aku tak tau eja... sajer jer... nak suruh kawan-kawan sekelas jangan skema sangat. Seluruh kelas gelak... Cikgu pun gelak sama... Sejak itu... asal cikgu masuk kelas jer mesti aku kena!

5. Cikgu Rashidah Rashid. Asal dari Selangor kalau tak silap. Dia guru kelasku di tingkatan 1 dan 2. Ramai kata rupa kami sama. Cikgu pula selalu ajak datang rumah dia di flat guru. Kalau cikgu ada mesyuarat, dia mesti minta tolong aku dan seorang lagi untuk jaga anak dia yang dua orang tu... dua-duanya lelaki.

(SEKOLAH MENENGAH GUNSANAD PULAK... TINGKATAN 5 sampai HABIS STPM)

6. Cikgu Zulkefli Mohamed Bin Ahamed. Guru kelasku di Tingkatan 5 Cempaka yang amat prihatin dan lemah lembut orangnya. Ajar subjek Sains. Asal ujian atau peperiksaan jer mesti aku skor gila-gila... Pernah dapat 100%. Yang best tentang dia... tak pernah nampak dia marah. Rasa selamat setiap kali dia masuk kelas.

7. Cikgu Joanes Onson... Guru Sejarah yang "garang". Yang mengingatkan aku pada dia ialah... dia pernah menarik telingaku dari belakang. Semua ni kerana aku membuat bising dan bermain dalam kelas semasa ketiadaan guru... Sekarang Cikgu ni dah jadi Pengetua kat SMK Keningau 2. Heee...

8. Cikgu Zaleha Meran. Haaa... kehadiran cikgu ni paling membawa impak yang besar dalam sejarah hidupku. Dia berasal dari Negeri Sembilan. Dia merupakan guru Ekonomiku sewaktu di tingkatan 6. Orang kata Ekonomi ni killer subject... tapi bagi aku... OK jer...! Sebab Cikgu Zaleha bagi aku dapat menerangkan semua isi pelajaran dengan baik sekali... aku faham sangat setiap apa yang diajarnya. Mungkin sebab aku takut dengan subjek ini... dan tumpuan dalam kelas lebih. Perkara yang membuatku berterima kasih dengan Cikgu Zaleha ialah... dia telah membuka jalan tentang hala tuju masa depan ku. Cikgu kata, kalau nak jadi cikgu, jadilah cikgu Ekonomi... macam cikgu. Kalau tak dapat buat ijazah pendidikan, buat ijazah ekonomi dulu. Lepas tu ambil Diploma Pendidikan selama setahun. Baru boleh jadi cikgu. Kalau nak jadi cikgu, biar cikgu yang berijazah. Hmmm... mulut Cikgu Zaleha memang masin... Aku jadi betul-betul macam yang dia cakap denganku pada masa tu..... Terima kasih Cikgu.

Kudoakan kesejahteraan buat semua bekas-bekas guruku.... walau cikgu tersebut pernah mengajarkan sesuatu selama hanya sesaat pun. Kau tetap cikguku yang telah membentukku. Anda semua adalah inspirasiku.

Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik di Seluruh Malaysia. Jadikan tema tahun ini bukan sekadar laungan semata-mata. Selamat mendidik!

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu- Tanpa kamu Permata hatiku... Aku bukanlah seorang Ibu..



Selamat Hari Ibu Sedunia

Sebagai anak... tanyalah hati dan minda sama ada kita selama ini benar-benar menghargai kehadiran seorang insan bernama ibu atau....

Semalam... anak-anakku Ijoi, Iddin dan Surayatul buat kejutan Hari Ibu buatku. Tidak ku sangka sama sekali mereka yang sekecil itu mampu merancang kejutan yang cukup membuatku terharu. Duit poket yang selama ini kuberikan untuk membeli makanan dan keperluan harian mereka di sekolah dikumpulkan untuk membuat "surprise" ini.

Mereka setiap hari kuhantar ke rumah nenek mereka. Ini kerana mereka bersekolah di waktu petang. Aku pula mengajar sebelah pagi... Di rumah nenek mereka, mereka tinggalkan wang yang mereka kumpul beserta nota kepada Mak Cik mereka.

Ini bunyi nota yang ditulis oleh Anak sulungku Ijoi.
" Aunty Cing... Ini ada Ijoi tinggalkan sedikit duit... Ijoi minta tolong Aunty Cing belikan;
1. Coklat,
2. Gula-gula Lolipop
3. Jeli.
Jangan lupa belikan juga kertas balut hadiah... Tolong balutkan ya... Terima kasih sebab tolong Ijoi... Sayang Aunty Cing... Yang benar Ijoi"

Padanlah... semalam... sejak pagi lagi mereka beria-ia benar mengajak ke rumah nenek mereka. Jadi malam semalam.... aku penuhilah hajat mereka. Rupa-rupanya.. inilah sebabnya...!

Air mata tidak dapat ditahan... Terharu sangat..Meskipun hanya pemberian yang mungkin dianggap kecil... tapi maknanya sangat besar bagiku.... semoga kamu anak-anakku dipermudahkan hidup di dunia dan akhirat kelak... Mama sayang kamu semua permata hatiku...

"TIDAK LUPA BUAT IBUKU... SELAMAT HARI IBU. TANPA IBU SIAPALAH AKU..."

Wednesday, April 22, 2009

Sunday, April 19, 2009

Maksud Edrie Hashim, STACY ialah juara AF terbaik ever...!

Tentang AF7 - Apa kata Edrie Hashim tentang AF7 dan STACY?

Masih mencari pesona bintang?


GAYA persembahan Isma dan suaminya, Zul 2 Bye 2, yang disifatkan erotik dan ganas oleh pengkritik jemputan.

MERANGKAK ke konsert minggu keenam malam ini, prestasi rata-rata peserta program yang kononnya 'bukan program pencarian penyanyi', Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) sebenarnya masih tidak boleh dibanggakan.

Melepasi konsert minggu kelima Sabtu lalu, pengkritik tetap AF7, komposer popular Edrie Hashim menyifatkan kemahuannya untuk melihat 'pesona bintang' seiring dengan kedudukan undian tertinggi dalam carta lapan lagi pelajar yang masih kekal di AF7 belum bertemu titik.

"Saya antara orang yang pilih mereka, tapi sampai ke tahap ini, hanya satu atau dua orang sahaja yang benar-benar menyerlah dari segi vokal.

"Contohnya Isma, kalau dilihat dari segi persembahan dan undian, dia sudah dipilih oleh Malaysia dan pengundi SMS sebagai juara AF7 kerana selalu di kedudukan teratas. Sayangnya, telinga komposer saya yang mencari vokal untuk masuk studio sebagai penyanyi rakaman, belum mampu melihat faktor itu ada dalam diri Isma.

"Kalau betul dia terbaik, dia kena buktikan kepada saya. Sebagai komposer, saya berhak untuk meminta sesuatu yang lebih daripada Isma. Itu sahaja masalah saya," ujar Edrie serius dengan prinsipnya.


DUET Hafiz dengan bekas juara AF5, Mila, mendendangkan lagu Terlanjur Cinta sangat mengesankan khalayak.

Ditanya tentang calon juara, ada beberapa nama di mata Edrie yang berpotensi besar. Sayangnya, menurut juri yang dianggap kurang nilai celupar tetapi beridea bernas ini, belum ada seorang pun yang boleh mengalahkan bekas juara AF terdahulu.

"Belum ada yang boleh 'pukul' juara AF6, sebab itu saya kena terus beri tekanan terhadap semua peserta," katanya ketika ditemui dalam sidang media usai konsert minggu kelima menyaksikan penyingkiran peserta tinggi lampai, Sidi.

Penyanyi berkredibiliti, Adibah Noor yang pertama duduk di kerusi pengkritik AF7 pula tampil dengan pandangan peribadi.

Katanya, 'permintaan' pengkritik AF lazimnya tidak selari dengan kemahuan para pengundi SMS.

"Biasanya dalam AF, para pengundi SMS bukannya terdiri daripada pengikut yang mahu mendengar komen para pengkritik.

"Pada saya hanya ada dua orang calon juara yang paling layak ketika ini, tapi mereka ini bukan lagi juara secara 100 peratus. Jujurnya saya sudah nampak bintang di atas kepala Hafiz dan Aril," beritahu Adibah secara spontan.

Melihatkan keunikan dan kemampuan vokal, sampai ke tahap hari ini, kemunculan Hafiz dan Aril jarang mengecewakan pemerhati AF. Dalam akademi, personaliti dan karakter yang dimiliki dua jejaka, seorang dari Kuching dan seorang dari Kuala Lumpur itu ternyata berbeza, namun di pentas mereka berkongsi kemampuan yang hampir setaraf.

Babak drama berterusan

Menyentuh atmosfera konsert minggu kelima AF7 bertemakan lagu duet baru-baru ini, masih ada cerita berbangkit yang menarik perhatian.

Walaupun masih klise dengan drama sebabak seperti penyatuan suami isteri serta jejak kasih antara ibu dan anak di pentas, setidak-tidaknya itulah warna-warni AF7 yang mula menarik perhatian. Barangkali juga sebagai salah satu strategi menagih undi.


NALURI seorang ibu, Claudia mendakap erat anaknya, Christian yang sekian lama dirindui.


Mungkin selepas ini, krew terbitan AF7 perlu kreatif dalam mencetuskan drama kerana jika keterlaluan takut pula rasa mual bergelora di jiwa penonton.

Kemunculan semula Zul 2 Bye 2 berkolaborasi menyanyikan lagu Kau Mawarku bersama Isma memang menyentuh perasaan, sehinggakan ada penonton terbuai dalam romantika suami isteri yang terpisah demi AF7 itu.

Seolah-olah melepaskan rindu dendam Isma dan Zul melantunkan setiap lirik penuh emosi dalam bahasa tubuh yang sangat natural. Namun, kerana program ini bukan program Sehati Berdansa, Adibah Noor bagaimanapun menegur aksi Isma dan Zul yang dilihatnya sebagai aksi ganas berunsur '18SX'. Dalam bahasa filem, ini adalah klasifikasi untuk tontonan mereka yang berusia 18 tahun ke atas, kerana mengandungi unsur seks dan ganas.

Selain Isma dan Zul 2 Bye 2 yang diberi kesempatan bertemu orang tercinta, kerinduan Claudia untuk memeluk anak lelakinya, Christian yang masih kecil juga terubat.

Sayangnya, krew terbitan AF7 tidak sempat untuk menemukan Sidi bersama isterinya yang dirindui sepanjang berada di AF7 kerana konsert minggu kelima menjadi konsert terakhir buat Sidi.



Sidi sendiri mengakui, faktor emosi serta perpisahan dengan orang tersayang juga menyumbang kepada kehilangan semangatnya sepanjang berjuang.

"Mungkin orang nampak saya kurang menyerlah kenapa tidak banyak cakap. Sudah tentu saya rindukan kata-kata semangat daripada dia, tapi tidak mengapa kerana usaha saya untuk pergi jauh dalam nyanyian tidak akan berhenti di sini," katanya reda dengan keputusan yang tidak memihak kepadanya minggu lalu.

Menyaksikan AF7 minggu lalu sebenarnya tidak ubah seperti melihat drama jejak kasih. Tidak cukup dengan gelagat Isma bersama suami, Claudia bersama anak, AF7 menambah babak penyeri minggu lalu dengan gegak gempita paluan kompang. Ia sebagai ucapan selamat pengantin baru kepada bapa Yazid yang baru sahaja menamatkan zaman duda setelah sekian lama kematian isteri. Yazid pula diberi kesempatan bertemu bapa dan ibu 'barunya' buat seketika kerana berada dalam AF7 semasa pernikahan bapanya, baru-baru ini.

Selain gandingan bekas-bekas bintang AF lama bersama para peserta, itu semua antara drama sebabak AF7 minggu lalu.

Apa pula babak-babak dalam drama minggu ini? Sama-samalah kita saksikan.

Monday, April 6, 2009

Menakjubkan! Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kuranf 250 000 kali ganda.
Vilus pada usus kecil

Telur/Ovum dengan sel korona

Sperma di atas telur / ovum

Sel kanser paru-paru

Sel darah merah

Sel bulu-bulu halus dalam telinga

Saraf perasa pada lidah

Salur darah dalam saraf optik

Neuron Purkinje (lapisan pada otak)

Plak Gigi


Hujung rambut yang pecah

Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)


Alveoli Pada Paru-paru

Sumber : Fun on the net


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...